Showing posts with label hudaafarihah. Show all posts
Showing posts with label hudaafarihah. Show all posts

Thursday, March 8, 2018

HusnaaHudaa

lama dah mama tak update blog..alhamdulilah anak-anak mama membesar dengan sihat..husnaa sudah paetah bercakap yela umur dia pon 3 tahun lebih kalau ikut tahun ni dah 4 tahun...disebabkan dia dah banyak bercakap dan meniru jadi mama kena ajar kakak benda yang positif je..kalau dia cakap "asal tak tidur lagi" mama kena ajar balik bukan asal tapi kakak kena cakap "kenapa tak tidur lagi" ..banyak benda mama kena betulkan dan ajar dia berkongsi barang dengan hudaa..alhamdulilah dia dapat terima semua tu..

hudaa pulak kuat merajuk hehehe..janganlah panggil nama dia aja..dia mesti kaku dekat situ je..kena panggil nama sambil angkat atau dukung...geram pulak mama tau hehehe.. tapi alhamdulilah husnaa dan hudaa jadi kakak dan adik yang baik mereka sayang satu sama lain semoga korang kekal sayang selamanya...hudaa dengan kakak perangai diorg berbeza.kerenah korang buat mama geram hehehe.

Tuesday, January 23, 2018

melepaskan pampes

lama mama tak update blog bercerita pasal mereka berdua..alhamdulilah.mama nak cerita yang husnaa sudah pon melepaskan pampes dengan mudah hujung tahun 2017 hari tu..perlahan-lahan pada mulanya ajar tak pakai pampes untuk air kecil di siang hari..lepas tu ajar untuk membuang air besar pulak..sekarang ni siang malam dah melepaskan pampes..mama ingat lagi masa nak bawak keluar jalan..jenuh jugak la husnaa duk kemut nak beratur buang air nasib la rakyat malaysia ni perihatin bagi husnaa buang air dulu..setiap malam mama kejut husnaa nak buang air tak ..jawapan dia tak..tapi memang husnaa dah pandai dia nak buang air baru dia kejut mama..tapi husnaa merengek dulu la ahahah bila tanya kakak nak kencing ke..dia anguk..ahahah pasni mama ajar awak basuh sendiri pulak.nanti la dulu mama ajar..husnaa bulan 8 ni baru 4 thn..tapi mama tak hantar dia ke sekolah lagi..tahun depan insyaALLAH..anak-anak kawan mama semua dah kesekolah..tak pelah perlahan-lahan ajar dia..
satu family baru je lepas bercuti baba dah la susah cuti sekali cuti kami pulun cuti pegi penang sehari 2 malam pergi taiping rumah makcik mama..seronok sangat..terima kasih baba..






Monday, January 1, 2018

Tahun baru 2018


HAPPY NEW YEAR 2018 alhamdulilah..sudah menjadi seorang mama kepada 2 orang anak..umur pon sudah semakin meningkat..orang tanya kenapa gambar mama dengan anak-anak je?baba mana?ohh ni gambar dekat instagram kalau tekan #mamamerahitujambu mesti jumpa gambar-gambar ni..husnaa kalau ikut tahun ni dah 4 tahun..hudaa baru je melangkah ke setahun tapi tahun ni dia dah 2 tahun ahahaha sian lahir hujung tahunkan..mama umur berapa?tahun ni dah 31 tahun..ahhaha mama masih muda lol!..ahahah...baba dengan mama sebaya..alhamdulilah..semoga berjalan dengan lancar perjalanan hidup kami.semoga ALLAH melindungi kami sekeluarga..pahit manis tahun 2017 selamat tinggal...moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..ameen



Monday, November 6, 2017

Cerita Mereka

lama mama tak cerita tentang anak-anak mama..husnaa sejak dah pandai cakap ni bercakapa tak henti bertanya tak henti ..mama layankan aja..tapi husnaa tak pandai nak marah adik dia sebab adik dia suka kacau kakak dia lagi bila kakak dia tengah main atau susun barang..hudaa tu pon bukan tahu apa sebab umur macam dia tengan explore..tapi mama terpaksalah marah hudaa..mama baca kalau si sulung dapat adik kita kena jaga hati si sulung..jadi mama memang marah hudaa..hudaa kenapa kalau kakak..hudaa kenapa ni pergi minta maaf dekat kakak..hudaa keluar kakak taknak kawan dengan awak..jadi husnaa ni bila tahu adik dia tengah marah dia kesian dia akan cakap mama jangan marah hudaa..mama noooo (menghalang mama dari keluarkan hudaa dari rumah)..fuhhh anak dua baru..impian nak anak 5 tu kena fikir-fikirkan ahahaha..
pejam celik hudaa bakal setahun tahun ini.adik beradik susuan lain semua dah setahun lebih tapi hudaa baru nk setahun ahahah.mama lahirkan awak hujung tahunkan..hehehe..hudaa belum lagi pandia berjalan tak lama lagi pandailah tu..kakak husnaa dulu pon pandai jalan 1 tahun 2 bulan..mama tak kisah merangkak lama sebenarnya sangat bagus untuk perkembangan otak..

punya seksa nak ajak bergambar.
10 kali amik lepastu cari mana yang perfect..ahahaha

mama suka pakaikan mereka sama warna dgn mama dan baba..
kena pandai-pandai macthing warna..memang kerja mamalah pakaian diorang ni..
sesekali ambil gambar dengan baba selalu dengan mama je

Monday, September 18, 2017

#2-HusnaaHudaa

pejam celik pejam celik semakin membesar dengan sihat anak mama..syukur nikmatmu yaALLAH..semoga mama dapat tengok korang berdua membesar dengan sihat..
perkembangan hudaa sekarang dia dah pandai nak berdiri dan lepas-lepas tangan..kakak husnaa pula dah pandai susun ayat bila bercakap..boleh dah buat 3 4 perkataan..alhamdulilah..perkembangan yang sihat..
hudaa masih menyusu susu mama..rezeki awak mama akan usahakan kali ni ke dua tahun insyaALLAH..kakak pulak sekarang nak kata memilih makan tak pasti kalau dia nak makan memang kuat makan kalau taknak tu paksalah macam mana pon kalau tak nak tetap tak nak..tapi kegemaran kakak husnaa adalah spegeti karbonara..tak pon makanan berunsurkan spegeti tak kisahlah goreng ke buat sup ke janji berunsurkan spegeti..hudaa menjadi-jadi juga kuat makan..semua dia nak makan.tapi mama bagi makanan bersesuaian dengan umur dia..alhamdulilah dia bukan pengutip macam kakak husnaa..kalau dulu kakak husnaa sampai keracunan makan disebabkan hobi dia yang suka mengutip.pantang saja ada serpihan makanan..lagi-lagi rumah kami ada makanan kucing dia boleh bantai makan.hahahah..alhamdulilah takda pulak keracunan yang tu..pernah mama bergegas ke hospital selayang sebab kakak husnaa muntah yang tak berhenti..

ada yang tanya diorang bergaduh tak?alhamdulilah diorang tak bergaduh.kakak dia sayang sangat dekat adik dia..tapi tipulah kakak baik sangat..kadang dia ambil barang tapi dia ganti dengan barang lain..itupon mama yang ajar..alhamdulilah..tapi hudaa dah pandai nangis kalau barang dia kena ambil..

Tuesday, August 1, 2017

HusnaaHudaa

alhamdulilah.hudaa dah pon 8 bulan..husnaa pula tak lama lagi bakal 3 tahun tinggal beberap hari sahaja lagi..ok mama cerita tentang husnaa..husnaa dah banyak cakap..banyak ayat yang  dia dah pandai tutur dan susun ayat..disebabkan mama ni suka membaca melalui google pengalaman-pengalaman ibu-ibu di luar sana mereka cakap anak pertama lambat cakap..tapi perlahan-lahan mereka belajar..husnaa memang mama dah nampak faham arahan dan memberi arahan juga..sekarang ni husnaa proses meniru jadi mama cuba untuk tidak bagi tindakan negetif supaya husnaa tak meniru tapi tipulah mama seorang ibu berkerja jadi mama memang lalai juga kadang-kadang..tapi mama cuba jadi contoh yang baik untuk anak-anak mama..mama cuba tegur tanpa tinggikan suara cuba tidak naik tangan buat masa ni alhamdulilah tahap kesabaran mama boleh dikawan lagi.



hudaa pula mama baru ajar dia makan nasi..biasanya usia baby 6 bulan aja ibu-ibu di luar sana dah bagi makan..masa husnaa memang mama ajar makan pada usia husnaa 6 bulan..tapi hudaa baru mama nak ajar masa usianya 8 bulan..mama rasa susu mama cukup untuk kenyangkan hudaa. lagi pon mama banyak mengali ilmu masa zaman husnaa lagi...mama baca bila baby dah tumbuh gigi barulah usus baby itu bersedia untuk di beri makanan..lagi pon hudaa dah ada 2 batang gigi sekarang.hudaa pon dah sedia untuk di beri makanan..bukan mama cakap susu mama tak cukup alhamdulilah cukup dan terlebih cukup..moga susu mama melimpah ruah untuk hudaa dan anak-anak susuan mama..masa husnaa mama beri makan beras perang..tapi hudaa mama cuba beras organik baby..mama dah tak buat stok puree di frozenkan macam mana mama buat untuk husnaa..mama minta maaf bukan untuk mama beza-bezakan cara masakan mama..tapi mama belajar dari kesilapan mama.mama cuba untuk bagi anak-anak mama makanan yang berkhasiat..mama sayang anak-anak mama..semoga ALLAH permudahkan mama jaga kedua anak-anak mama.ameen



Monday, July 3, 2017

Raya 2017

kembali ke asal selepas raya..tahun ni mama cuti lama dari hari khamis sampai ke ahad...hampir 11 hari..raya sakan mama tahun ni..tahun ni raya berempat..tahun ni mama beraya sebelah mama yang sepatutnya tahun ni beraya sebelah baba..tapi baba tak dapat cuti raya pertama ..tapi balik johor raya pertama lepas baba balik kerja.dapatlah jugak balik raya sebelah baba sampai raya ke 4.seronok juga balik ke kampung baba..tapi di sebabkan tahun ni abang mama ada jadi lengkaplah keluarga kami kalau tak bila turn mama aja..abang mama sebelah isteri dia..tapi tulah baba pulak takda..terasa betul jaga anak-anak tanpa baba..dengan kakak husnaa kena bunga api dekat tangan..dengan hudaa kaki kena oven masa mama tengah buat kuih raya..huwaaa mama rasa bersalah sangat..maafkan mama ya..hukk.mama cuba jadi yang terbaik tapi tetap jadi jugak..
 sebelah mama
sebelah baba
bulan puasa ni mama turun dr 54kg ke 50kg..memang mama perasan badan dah kurus sangat..padahal mama makan macam biasa siap tambah-tambah makan lagi..mungkin menyusu dalam masa sama berpuasa jadi berat badan turun mendadak..raya ni dah makan macam-macam mesti naik semula hehehe


Friday, June 2, 2017

Keadaan Dua Puteri

lama mama tak update..alhamdulilah bulan ramadhan ni mama berniat puasa penuh sementara masih menyusu sepenuhnya dan masih belum kedatangan haid..hudaa sudah pon mencecah usianya 6 bulan..makan??mama belum berniat untuk bagi makan..tunggulah dulu..mama masih nak maintainkan susu badan mama...kalau dah campur mesti drop..bukan mama kejam tak bagi hudaa makan tapi biarlah usus dia pon belum boleh terima makanan..sudah sampai masa nanti mama akan bagi hudaa makan.. lagi pon mama takut kang kakak husnaa menyuap apa yang dia makan ke mulut adiknya ..hehehhe


husnaa alhamdulilah sudah dah sihat..baru ni husnaa kena jangkitan HFMD dari anak sepupu..memang mama dah tahu anak sepupu mama kena sebab dia pon cakap nak datang singgah amik barang aja..tapi dah lama tak jumpa..takkan nak jumpa kejap jekan..maafkan mama tak sangka jangkitan mengular dengan cepat..akibatnya dekat husnaa...pada mulanya mama dapat detect demam!!mama apa lagi suruh baba suluh dekat mulut kakak husnaa terus..yes!!dekat mulut dekat dengan tekak ada 3 4 macam tu ulser..dekat lidah satu dekat anak tekak yang tergantung satu huwaaa kita yang tua kena sebiji ulser pon dah sakit apa lagi budak..memang dari kena sampai hari ke 4 dia tak makan asyikminta susu cawan(fresh milk) dari peti ais dan bagi makan aiskrim vanila..mama tak bawak pon pergi klinik..mama google bukan ada ubat pon doktor bagi antibiotik ubat mulut dan suruh makan aiskrim..mama hanya pasang diffuser essential oil young living..mama diffus thieves setiap hari .yang paling mama risau kena dekat hudaa sudahlah baby lagikan...minta di jauhkan..hari kedua kena tu langsung tak nak makan asyik kemam air liur je.mama dah risau badan kakak husnaa mengigil..sampai mama paksa minum susu dengan air tawar guna shrink..menangis jugak la tapi mama terpaksa..husnaa masih aktif tapi tak bercakap hanya guna bahasa isyarat je..dalam fikiran mama kalau kakak tak aktif mama nak bawah pergi hospital drip air..di sebabkan kena ulser dekat mulut tu langsung xtak dengar suara kakak..mama jadi rindu..hukkk ALLAH hari-hari mama doa semoga kakak husnaa cepat sembuh..sebak tengok kakak sakit menjerit-jerit tak tahan sakit..


Friday, April 21, 2017

Hudaa : 5 bulan

alhamdulilah genap 5 bulan usia hudaa..tak banyak ragam..mama lebih banyak fokus dekat kakak husnaa..seusia kakak husnaa 2 tahun  8 bulan ni memang tengah panjang akal..bangun tidur pagi-pagi suruh tutup lampu..malam katanya..mama cakap dah siang dia kata malam..kalau malam kakak suruh buka lampu..hai la kakak husnaa..mama boleh jadi singa betina..tapi mama cuba bersabar.biasa la tengah membesar..alhamdulilah hudaa buat masa ni masih dalam kawalan..menangis bila nak susu nak tidur dan kebosanan..bila susu lambat hudaa pilih isap jari..

hudaa sekarang dah pandai angkat buntut..seawal 3 bulan dah pandai mengiring..lepas tu meniarap dan tegakkan kepala..sekarang ni proses angkat buntut pulak..tak sabar mama nak tengok langkah seterusnya..kalau kakak husnaa mama memang kaji setiap bulan perkembangan baby.almaklumlah dah anak kedua semangat tu dah kurang tapi mama masih mengkaji juga..
susu pulak hudaa isap 20-21 oz setiap kali mama tinggalkan..seawal 7.30 mama dah bagi susu mama guna botol sampailah mama balik 7.30-8.00 malam...alhamdulilah nenek dengan atok cakap tak susah jaga kedua anak mama..gambar di bawah hasil susu mama bulan 3-4 banyak dah bagi anak susuan mama lagi-lagi anak abang mama iaitu raudha..raudha sekarang memang minum susu mama..ami dia cakap bila direct dengan ami dia macam tak puas..takpalah husnaa minum chiller raudha minum frozen..frozen tak berusik dari membuang baik mama bagi pada yang memerlukan



husnaa pulak minum susu fresh milk guna cawan..mama tengah fikir macam mana nak pisahkan pampes pula..mama taknak susahkan atok nenek..kakak bila dah membuang tak bagi tahu kalau dulu siap nangis-nangsi..sekarang ni pulak dah makin besar diam je..mama rasa nak marah je =_=..kakak oh kakak..semoga kedua anak mama membesar mejadi anak yang soleh dan solehah ,permudahkanlah aku dan suami menjaga kedua puteriku itu doa mama setiap kali dalam solat..


Sunday, March 26, 2017

Hudaa : 4 bulan

alhamdulilah usia hudaa sudah pon cecah 4 bulan..stok susu??ALLAH makin meriah masih boleh di beri kepada anak susuan tak pernah putus..stok frozen mama memang bagi anak susuan aja..stok chiller fresh mama bagi dekat hudaa..terlebih cukup ALLAH bagi rezeki untuk hudaa dan anak susuan mama..mama ada dua anak susuan...siapa anak susuan mama??satu sebelah mama..iaitu anak abang mama..satu lagi sebelah baba..anak along baba..iaitu abang sulung baba..anak dia yang nombor 3..keduanya perempuan dan lahir tahun yang sama dengan hudaa cuma hudaa hujung tahun diorang beza dengan hudaa pon 3-5 bulan..alhamdulilah..memang ramai akan pertikaikan tapi niat mama nak bagi susu adalah baik..dari buang membazir baik bagi pada mereka yang memerlukan...lagi pon saudara terdekat..


disebabkan sudah dua anak..jadi mama pilih untuk selim dan fit kembali..kononnya nak langsingkan badan..alhamdulilah berat mama masa naik kerja 58kg sudah turun ke 54-55kg..masa pantang mama turun dari 68kg ke 58kg..hanya 10kg sahaja turun..mama takdalah nak kurus tapi mama nak fit kembali yang gelebeh tu nak kasi fit balik..mama jaga makan dan minum..mama dah sebulan lebih tak minum manis tak minum 3in1 hanya minum air kosong dan minum susu pada waktu pagi itu pon mama shake dengan esp shaklee..setiap pagi mama senaman cardio dan tabata..semua seluar dan kain yang tak muat lepas pantang ritu dah muat kembali..alhamdulilah..dulu masa husnaa lambat gak turun..tapi pelan-pelan turun kali ni drastik sebab mama jaga makan dan minum..nasi pon mama ambil segengam lauk seimbang..sayur mama ambil banyak..alaa google aja cara coach ajar cara-cara makan dengan betul.bukan tak makan tau..mama makan 5 kali sehari..makan ikut waktu makan bukan mengunyah tak tentu pasal.

Jadual waktu  makan mama

  • pukul7.30 : sarapan (wajib) 2 keping roti whole meal + peanut butter + pisang (dilapiskan sekali)

**seminggu adalah 2 kali itu pon jarang mama makan nasi lemak mama pilih cheat day)

  • pukul 11 : snacking  makan buah epal atau pear pilih buah less sugar atau 1keping roti whole meal+peanut butter

**biasa mama snacking lepas pam susu

  • pukul 1 : lunch makan nasi segengam + ikan( pilih daging putih antara ayam dengan ikan pilih ikan dulu takda pilihan baru ayam) sayur separuh pingan ..minum air kosong lepas 1 jam..mama akan makan buah kalau lapar lagi

  • pukul 4 : snacking buah 

**biasa mama snacking buah kalau lapar sangat mama akan makan sekeping roti whole meal

  • pukul 8 : makan nasi segengam +lauk
**makan sebelum pukul 8 malam.kalau lapar mama akan pilih buah untuk makan..



makan dengan kerap supaya sistem penghadaman kita berjalan dengan lancar takdalah bila makan banyak sisterm penghadaman kita bekerja keras..mama cuba tak makan proses food.fast food, desert pon mama akan makan masa cheat day biasanya weekend mama akan cheat day..waktu bekerja mama akan jaga makan macam biasa ..makan dengan betul bukan kurang makan..lagi satu makan ikut kalori..mama akan kira setiap kalori seharian mama..mama kira kalori mama dengan usia ketinggian dan berat mama sekarang lebih kurang 1600 kalori + 500(untuk ibu menyusu)..tapi mama cuba ambil dalam 1600 aja..kalori yang berlebihan akan jadi lemak dalam badan kita kalau kita tak bakarkan..


Friday, February 17, 2017

#1-Stok susu Hudaa

alhamdulilah..mama dapat sambung semula hobi mama iaitu mengepam susu..heheh masa husnaa dulu mama terpaksa hentikan seketika sebab mengandungkan hudaa..alhamdulilah... walaupon mama berjaya susukan husnaa sepenuhnya setahun 6 bulan.mama dah bersyukur sangat dengan kejayaan mama..berhempas pulas mama kumpul stok susu dari peti ais rosak sampailah beli peti ais baru..
tapi kali ni susu mama meriah sangat..alhamdulilah..mama mula simpan stok susu dari berpantang hari ke 15 masa tu hudaa tak perlu ke klinik lagi sebab kuning..mama pam sehari sekali itu pon pukul 1 pagi..mama susukan hudaa dulu lepas tu baru pam..bila dah habis pantag mama mula pam 2 atau 3 kali sebab bengkak susu masa tu..tak boleh di biarkan nanti lagi bengkak..
sekarang mama teruskan perjuangan bila dah naik kerja ikut jadual 3 kali selama di pejabat.3 kali di rumah..rutin mama susukan hudaa dulu sampai kenyang lepas tu baru pam..alhamdulilah mama dapat aling banyak 9oz paling sikit 4oz..selalunya 5-6oz..taklah semeriah ibu-ibu lain tapi syukur..masa husnaa dulu paling banyak 5-6oz tapi itu pon lepas buat power pumping.apa pon berkat ilmu masa susukan husnaa sekarang mama dah lebih bijak ilmu penyusuan..mama banyak kongsi dengan kawan-kawan, saudara dan ipar duai...kebetulan anak mereka ada sebaya husnaa ada sebaya hudaa..

stok susu masa dari hari ke 15 pantang


NOW!!!
 stok susu dekat chiller 
stok susu di frozen

chiller pon banyak sebab mama boleh dapat total dalam 24-30oz sehari ibarat 2 hari lebih punya stok susu..lepas 5 hari baru mama transfer ke frozen..susu terlalu banyak mama tak nak bazirkan jadi mama ada anak susuan iaitu anak buah baba..abang baba punya anak bongsu..kebetulan mak dia pon mengepam susu tapi stok ada pon untuk 3 hari..kami banyak kongsi pasal ilmu penyusuan..jadi stok banyak mama bagi susu dekat dia..alhamdulilah dia terima susu mama..mama taknak bazir dari buang..ustaz cakap kita kena bagi susu pada yang memerlukan..syukur sangat di permudahkan..


nilah Hudaa Farihah..usia 2 bulan lebih sado dah anak mama minum hasil tuaian mama..nanti mama update gambar anak susuan mama ya.. insyaALLAH.. =)

Wednesday, February 1, 2017

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

alhamdulilah usia anak kedua mama sudah pon 2 bulan.moga membesar dengan sihat ya sayang..mama nak cerita pengalaman bersalin anak kedua mama iaitu Hudaa Farihah binti Hairull Fadly.
pagi ahad tu mama buang air kecil tengok macam lendir darah keluar..mama cakap dengan baba dan ibu mama yang dah keluar tanda tapi masih belum pasti lagi..petang pukul 4 mama buang air lagi masa tu memang betul lendir darah keluar. mama terus cakap dengan baba kita kena pergi hospital..walaupon mama tahu kalau tanda lendir darah mesti doctor suruh balik kalau bukaan tak besar..masa kakak husnaa dulu macam tulah..tapi sebab anak kedua jadi mama taknak tanggung risiko lagi pon pengalaman mama masuk hospital placenta previa tu buat mama risau kandungan mama.
dalam perjalanan pergi ke hospital sempat mama suruh baba beli aiskirm magnum delima..sedap wooo...hehehe lepas ni nak kena pantang dahkan...sampai ja hospital pukul 5 petang macam biasa diorang tanya sebab apa.mama bagi tahu dah keluar lendir darah doctor suruh bukak seluar dalam sebab nak cek bukaan..doctor tu siap tegur mama..saya macam pernah tengok aja muka awak..familiar katanya..mama senyum sambil cakap yang mama pernah masuk ke hospital sebab pp type 3..doktor tu yang buatkan surat pelepasan mama keluar hospital..baru doctor tu ingat balik..
cek bukaan tengok-tengok dah 4cm dan ada licking sikit air ketumban..doctor cakap awak dah kena booking labour room tak boleh balik dah...jadi mama siap pesan dekat doktor saya tak nak masuk labour room awal-awal .saya nak jalan..doktor setuju sebab lagi pon labour room penuh..mama siap buat squat dan berjalan sampai kepenatan..pukul 10 macam tu doctor suruh baring dekat katil cek ctg...nurse cakap sakit awak ni tak berapa nak sakit..datang pon tak kerap lagi..sampai kul 1 pagi macam tu..mama siap terlena bila sakit kontraksi datang tetiba celik mata mama..mama dah rasa macam sakit sikit mama panggil doctor cek bukaan 5cm..tiba-tiba pluppp..air ketumban mama dah pecah bila cek bukaan dah 6cm..lepas 3 minit terus 10cm..cepat-cepat doctor jerit kata booking labour room dah full..

sampai aja labour room mama teran tak keluar lepas tu mama diam..nurse tegur kenapa kamu tak teran..mama cakap la tak rasa kontrasi lagi..rasa je kontrasi terus mama teran..alhamdulilah selamat melahirkan baby perempuan kedua pukul 2.27pagi..berat baby 3.39kg tanpa gunting tapi koyak..huhu..kali ni mama bersalin tanpa belasah baba..mana taknya masa husnaa dulu teruk baba kena..hehehe