Thursday, May 19, 2016

bercuti ke PD

alhamdulilah..baby dalam perut berkembang pesat...selasa mama bukak buku merah sekali dengan checkup husnaa..jumaat mama kena minum g dan scan baby..doktor kata betul ke tarikh awak bagi sebab saiz baby macam sebelum tarikh..due mama 29 nov 2016 tapi saiz baby 26 nov 2016..mama kata betul lagi pon cycle mama 28 hari.mama dengar doktor cakap tentang saiz baby mama dah happy..mama dapat tampung 2 anak..dalam perut dan husnaa yang masih menyusu tapi taklah kerap pon..untuk buat tidur..
lepas minum gula mama dengan baba bercadang pergi bercuti dekat port dickson..mama biasa dengan tempat tu..dulu nenek rajin checkin sana sebab jiran punya kakak kerja sana jadi dapat harga murah..tapi bagi mama taklah murah sangat berbanding kalau kita pergi lama web agoda..mama dapat rm190 sekali sarapan..mama tanya kalau walkin rm280..mama dengan baba nyaris nak walkin last minit nak pergi terus cek dekat agoda..baba husnaalah nak bawak isteri dengan anak dia bercuti n mandi pool..pertama kali dia mandi pool..dan pertama kali jejak kaki ke pantai..riaksi husnaa taklah excited dia nak kata geli sangat pon tak biasa je muka dia..muka takda perasaan..hehehe




Wednesday, April 20, 2016

8 weeks-kandungan ke 2

alhamdulilah kandungan mama berusia 8 minggu..mama harap baby berkembang mengikut usia kandungan..mama tahu bukan mudah untuk mama..menyusu dalam masa  yang sama mengandung..pagi-pagi tak payah cakap mama dah mula mengigil rasa macam nak pengsan..yela malam husnaa menyedut lagi-lagi dengan cuaca sekarang ni musim panas lagi kerap menyusu..kadang tu bila tak cukup husnaa minta nak air masak..kesian kakak husnaa..mama tak dapat nak beri lebih dah dala penyusuan..hormon mengandung menyebabkan susu tergangu..bertabahla husnaa yaa..
hampir setiap malam husnaa mesti merengek nak susu mama pulak sakit alora.kadang tu mama tak mampu nak bagi husnaa sedut lama-lama..tapi apakan daya mama beri juga bila tangisan husnaa semakin kuat.mama nak yu..mama nak yu (susu)..ni baru 2 bulan mama dah merungut nanti semakin besar kandungan mama harap mama kuat..alhamdulilah baba dan keluarga memang tulang belakang mama sekarang ni diorang memang memahami situasi mama...

**malam tadi husnaa demam..pagi ni dah ok..alhamdulilah..

Tuesday, April 5, 2016

#3rd-6.4.2016

alhamdulilah..ulang tahun perkahwinan mama dan  baba yang ke 3..macam biasalah pahit manis masam masin dalam perkahwinan hanya kami yang tahu...insyaALLAH moga hubungan kami berkekalan hingga ke jannah..ameen
pagi ni mama di kejutkan dengan bunga sejambak...ok macam ni cerita dia..selalu mama pergi kerja naik kereta dengan adik mama..tapi adik ada meeting dekat raub so mama suruh baba hantar mama ke tempat kerja..jadi baba pon hantar macam biasa..mama tunggu gak dia wish mama..mama plak saja tak nak wish nak tengok baba ingat ke tak.selalu  bangun pagi mesti dia akan wish di susuli dengan ciuman dan pelukan.tapi ni tak baba buat tak tahu saja..sampai saja tempat kerja mama mengatuk jadi mama tidur sekejap di surau lagi pon tadi mama sampai awal..maklumlah merempit dengan baba kejap jelah sampai...hormon mengadung mama menjadi-jadi pulak..jadi mama lena dalam 15 minit baba call.cakap ambil barang dekat luar.biasa baba suruh ambil barang tu bermaksud bekalan yang ditapau..padahal kami dah sarapan di rumah...bila mama pergi ke arah pintu tengok baba bawak sejambak bunga..aloo..alo..alooo sweet la baba ni..mama pulak tak reti nak sweet-sweet ni..mama hanya kreatif je..ahahaha..thanks baba



Sunday, April 3, 2016

kandungan 6 minggu

alhamdulilah kandungan 6 minggu mama dah mula rasa mual.pagi tadi mama muntah,,baru lega rasa pening tu..mama nak makan benda masa supaya mama tak rasa nak muntah mahupon melayan perasaan muntah...mulut tak yah cakap rasa payau je..masa husnaa dulu mama rasa taklah macam ni.tapi dah nama pon mengandungkan jadi mama layankan je perasaan ni..
disebabkan kakak husnaa masih menyusu lagi setiap malam jugak mama tak lena nak tidur padahal mama mengantuk ya amat.yela pukul 5 mama kena bangun pam susu pula untuk stok husnaa..alora mama pedih sangat..husnaa ni bukan nak susu sangat dia nak buat tidur je tapi setiap kali isap kadang rasa macam husnaa paksa.kadang rasa lega..tapi memang setiap kali tulah mama tolak berpaling dekat husnaa.husnaa setiap kali itu juga dia akan cakap mama..mama..huk sedihnya..baba memang kena main peranan sekarang ni..tapi tak menjadi sebab dia nak mama sebab susu mama tulah buat husnaa lena..maafkan mama sayang..
nenek husnaa cakap bagi dia kenyang makan nasi sebelum tidur mama bagi juga makan nasi..husnaa makan memang no 1 tak pernah tolak kecuali kenyang...alhamdulilah..tapi orang keliling tak paham senang-senang cakap bagi susu tepung..husnaa bukan budak lagi dia dah hampir ke 2 tahun..mama taknak ajar dia susu tepung...mama nak cuba bila dia dah 2 tahun dia tak perlukan susu untuk makanan tambahan dia..dia hanya perlukan makanan seimbang yang berkhasiat..dan bukannya susu formula...alhamdulilah..baba support no 1 mama..terima kasih baba sebab memahami keinginan mama..mama nak terbaik untuk anak kita..insyaALLAH..

mama ngidam.. =P

Thursday, March 31, 2016

Hamil Ke Dua

alhamdulilah.mama di sahkan hamil lagi sekali setelah usia husnaa 1 tahun  7 bulan..ini bukan kemalangan tapi memang mama plan nak baby lagi dan baba punyalah gembira yang tidak terhingga..kandungan mama baru mencecah 5 minggu untuk minggu ini..alhamdulilah..tapi bermacam cabaran mama hadapi sekarang ini lagi-lagi husnaa masih menyusu...
bermulah detik kerap membuang air dan alora mama sakit..setiap kali menyusu dan pam di pejabat mama akan sakit di permulaan tapi bila dah pam susu mama tak berapa rasa sakit berbanding direct dengan husnaa..selagi mama boleh tabah menyusukan husnaa mama akan teruskan juga..mama tahu husnaa tak puas menyusu sekarang ni..susu mama drop bila mama tahu yang mama hamil..takpalah husnaa pon dah makan banyak susu mama ni untuk buat awak lena tidur..setiap malam mesti mama akan dengar husnaa cakap..mama nakkk..mama nakkk sebab mama tak tahan nak lepaskan bila husnaa menyusu..sakit ya amat..hukkk.maafkan mama sayang..makin kerap pula awak menyusu sekarang ni... =(