alhamdulilah usia anak ke 3 mama dah 5 bulan hari ni...meh mama nak perkenalkan..Humraa Faihana binti Hairull Fadly..lahir 5/2/22 berat 3.26kg 38weeks secara induce..Allah..pertama kali beranak secara paksaan..drip ubat..sakit Allah saja yang tahu..siapa ada pengalaman induce tahulah macam mana sakitnya beranak..tp Alhamdulilah sakit tu terus lupa bila tengok Humraa depan mata..ahahhaa itulah kelebihan orang perempuan Allah beri...mama tak sangka tiga dh anak mama..semuanya perempuan..semoga kau(ALLAH) peliharalah anak2 perempuanku dari kejahatan kemaksiatan kemungkaran..ameen..
Showing posts with label anak kedua. Show all posts
Showing posts with label anak kedua. Show all posts
Tuesday, July 5, 2022
Mama anak 3
Labels:
anak kedua,
anak ketiga,
anak pertama
Monday, December 6, 2021
Mama bakal anak tiga
pengakhiran tahun 2021 kandungan mama dah masuk 7 bulan ..iaitu 29weeks dah..alhamdulilah syukur..mama bagi kakak2 mereka adik usia Hudaa sekarang 5 tahun Husnaa 7 tahun..jadi diorang sangatlah gembira dah tidak sabar menunggu kehadiran adik mereka..insyaALLAH due date mama 19 febuary 2021..semoga dipermudahkan urusan mama bersalin..
mengandung kali ni mama kena minum air gula sampai 3 kali macam biasalah berat mama naik mendadak..sebulan 2.5kg..mama dh minum air gula masa 24 weeks sebab nak tengok sama ada mama darah mama ada gula atau tak..tapi alhamdulilah bacaan awal 4.0 lepas minum gula 7.8..tapi chekup 28weeks berat mama naik 4.5kg...huhuh...apa lagi repeat balik minum gula..semoga dipermudahkan..jumaat ni mama minum gula kali ke 3..moga tiada apa2..
persiapan baby alhamdulilah semua dah bersedia..kali ni semua baru yela dah 5 tahun tak mengandung baju baby semua dah bagi orang..sepupu yang baru2 dapat anak mama bagi..baju cantik2 lagi..rezeki mereka..mama suka melaramkan anak2 mama..jadi baju cantik2 dah masih ok lagi..takpalah..mama beli je baru ada rezeki lebih kali ni..alhamdulilah..
Labels:
anak kedua,
anak ketiga,
anak pertama,
hamil
Tuesday, December 15, 2020
Pengakhiran 2020
berhabuk dah blog sekian lama tak update tentang anak2..nak masih 2 orang?ya masih 2 orang..usia hudaa telah pon masuk 4 tahun..usia kakak Husnaa 6 tahun...tinggal lagi beberapa minggu nak masuk 2021..setahun dah covid menghantui dunia..dah kita pon telah terbiasa untuk norma baru...alhamdulilah masih panjang usia..
planning untuk tahun depan??kakak Husnaa tahun depan sudah melangkah ke sekolah rendah..mama dengan baba telah merancang untuk masukkan kakak ke sekolah rendah agama intergrasi(SRITI) berdekatan dengan kawasan rumah..tapi nak kata dekat takdalah dekat sangat..kenapa mama pilih sekolah tu?mungkin mama fikir sekolah tu boleh dedahkan awak dengan agama..mama harap nilai murni kakak dengan hudaa terpelihara..insyaALLAH..
Hudaa pon sama macam kakak Husnaa..seusia 5 tahun mama dah masukkan Hudaa ke sekolah Pasti..sekolah kakak Husnaa sebelum ni selama 2 tahun di situ..walaupon dah lama tidak ke sekolah akibat covid melanda dunia...moga anak2 mama berjaya dunia akhirat..alhamdulilah kakak Husnaa pon dah boleh membaca walaupon merangkak..takpalah..perlahan2 mama ajar walaupon mama seperti singa tarzan...mama harap kakak tak simpan dalam hati demi kebaikan mu anak..
Labels:
anak kedua,
anak pertama
Thursday, March 8, 2018
HusnaaHudaa
lama dah mama tak update blog..alhamdulilah anak-anak mama membesar dengan sihat..husnaa sudah paetah bercakap yela umur dia pon 3 tahun lebih kalau ikut tahun ni dah 4 tahun...disebabkan dia dah banyak bercakap dan meniru jadi mama kena ajar kakak benda yang positif je..kalau dia cakap "asal tak tidur lagi" mama kena ajar balik bukan asal tapi kakak kena cakap "kenapa tak tidur lagi" ..banyak benda mama kena betulkan dan ajar dia berkongsi barang dengan hudaa..alhamdulilah dia dapat terima semua tu..
hudaa pulak kuat merajuk hehehe..janganlah panggil nama dia aja..dia mesti kaku dekat situ je..kena panggil nama sambil angkat atau dukung...geram pulak mama tau hehehe.. tapi alhamdulilah husnaa dan hudaa jadi kakak dan adik yang baik mereka sayang satu sama lain semoga korang kekal sayang selamanya...hudaa dengan kakak perangai diorg berbeza.kerenah korang buat mama geram hehehe.
Labels:
anak kedua,
anak pertama,
hudaafarihah,
husnaa fathiah
Tuesday, January 23, 2018
melepaskan pampes
lama mama tak update blog bercerita pasal mereka berdua..alhamdulilah.mama nak cerita yang husnaa sudah pon melepaskan pampes dengan mudah hujung tahun 2017 hari tu..perlahan-lahan pada mulanya ajar tak pakai pampes untuk air kecil di siang hari..lepas tu ajar untuk membuang air besar pulak..sekarang ni siang malam dah melepaskan pampes..mama ingat lagi masa nak bawak keluar jalan..jenuh jugak la husnaa duk kemut nak beratur buang air nasib la rakyat malaysia ni perihatin bagi husnaa buang air dulu..setiap malam mama kejut husnaa nak buang air tak ..jawapan dia tak..tapi memang husnaa dah pandai dia nak buang air baru dia kejut mama..tapi husnaa merengek dulu la ahahah bila tanya kakak nak kencing ke..dia anguk..ahahah pasni mama ajar awak basuh sendiri pulak.nanti la dulu mama ajar..husnaa bulan 8 ni baru 4 thn..tapi mama tak hantar dia ke sekolah lagi..tahun depan insyaALLAH..anak-anak kawan mama semua dah kesekolah..tak pelah perlahan-lahan ajar dia..
satu family baru je lepas bercuti baba dah la susah cuti sekali cuti kami pulun cuti pegi penang sehari 2 malam pergi taiping rumah makcik mama..seronok sangat..terima kasih baba..
Labels:
anak kedua,
anak pertama,
hudaafarihah,
husnaa fathiah
Monday, November 6, 2017
Cerita Mereka
lama mama tak cerita tentang anak-anak mama..husnaa sejak dah pandai cakap ni bercakapa tak henti bertanya tak henti ..mama layankan aja..tapi husnaa tak pandai nak marah adik dia sebab adik dia suka kacau kakak dia lagi bila kakak dia tengah main atau susun barang..hudaa tu pon bukan tahu apa sebab umur macam dia tengan explore..tapi mama terpaksalah marah hudaa..mama baca kalau si sulung dapat adik kita kena jaga hati si sulung..jadi mama memang marah hudaa..hudaa kenapa kalau kakak..hudaa kenapa ni pergi minta maaf dekat kakak..hudaa keluar kakak taknak kawan dengan awak..jadi husnaa ni bila tahu adik dia tengah marah dia kesian dia akan cakap mama jangan marah hudaa..mama noooo (menghalang mama dari keluarkan hudaa dari rumah)..fuhhh anak dua baru..impian nak anak 5 tu kena fikir-fikirkan ahahaha..
pejam celik hudaa bakal setahun tahun ini.adik beradik susuan lain semua dah setahun lebih tapi hudaa baru nk setahun ahahah.mama lahirkan awak hujung tahunkan..hehehe..hudaa belum lagi pandia berjalan tak lama lagi pandailah tu..kakak husnaa dulu pon pandai jalan 1 tahun 2 bulan..mama tak kisah merangkak lama sebenarnya sangat bagus untuk perkembangan otak..
punya seksa nak ajak bergambar.
10 kali amik lepastu cari mana yang perfect..ahahaha
mama suka pakaikan mereka sama warna dgn mama dan baba..kena pandai-pandai macthing warna..memang kerja mamalah pakaian diorang ni..
sesekali ambil gambar dengan baba selalu dengan mama je
Labels:
anak kedua,
anak pertama,
hudaafarihah,
husnaa fathiah
Monday, September 18, 2017
#2-HusnaaHudaa
pejam celik pejam celik semakin membesar dengan sihat anak mama..syukur nikmatmu yaALLAH..semoga mama dapat tengok korang berdua membesar dengan sihat..
perkembangan hudaa sekarang dia dah pandai nak berdiri dan lepas-lepas tangan..kakak husnaa pula dah pandai susun ayat bila bercakap..boleh dah buat 3 4 perkataan..alhamdulilah..perkembangan yang sihat..
hudaa masih menyusu susu mama..rezeki awak mama akan usahakan kali ni ke dua tahun insyaALLAH..kakak pulak sekarang nak kata memilih makan tak pasti kalau dia nak makan memang kuat makan kalau taknak tu paksalah macam mana pon kalau tak nak tetap tak nak..tapi kegemaran kakak husnaa adalah spegeti karbonara..tak pon makanan berunsurkan spegeti tak kisahlah goreng ke buat sup ke janji berunsurkan spegeti..hudaa menjadi-jadi juga kuat makan..semua dia nak makan.tapi mama bagi makanan bersesuaian dengan umur dia..alhamdulilah dia bukan pengutip macam kakak husnaa..kalau dulu kakak husnaa sampai keracunan makan disebabkan hobi dia yang suka mengutip.pantang saja ada serpihan makanan..lagi-lagi rumah kami ada makanan kucing dia boleh bantai makan.hahahah..alhamdulilah takda pulak keracunan yang tu..pernah mama bergegas ke hospital selayang sebab kakak husnaa muntah yang tak berhenti..
ada yang tanya diorang bergaduh tak?alhamdulilah diorang tak bergaduh.kakak dia sayang sangat dekat adik dia..tapi tipulah kakak baik sangat..kadang dia ambil barang tapi dia ganti dengan barang lain..itupon mama yang ajar..alhamdulilah..tapi hudaa dah pandai nangis kalau barang dia kena ambil..
Labels:
anak kedua,
anak pertama,
hudaafarihah,
husnaa fathiah
Tuesday, August 1, 2017
HusnaaHudaa
alhamdulilah.hudaa dah pon 8 bulan..husnaa pula tak lama lagi bakal 3 tahun tinggal beberap hari sahaja lagi..ok mama cerita tentang husnaa..husnaa dah banyak cakap..banyak ayat yang dia dah pandai tutur dan susun ayat..disebabkan mama ni suka membaca melalui google pengalaman-pengalaman ibu-ibu di luar sana mereka cakap anak pertama lambat cakap..tapi perlahan-lahan mereka belajar..husnaa memang mama dah nampak faham arahan dan memberi arahan juga..sekarang ni husnaa proses meniru jadi mama cuba untuk tidak bagi tindakan negetif supaya husnaa tak meniru tapi tipulah mama seorang ibu berkerja jadi mama memang lalai juga kadang-kadang..tapi mama cuba jadi contoh yang baik untuk anak-anak mama..mama cuba tegur tanpa tinggikan suara cuba tidak naik tangan buat masa ni alhamdulilah tahap kesabaran mama boleh dikawan lagi.
hudaa pula mama baru ajar dia makan nasi..biasanya usia baby 6 bulan aja ibu-ibu di luar sana dah bagi makan..masa husnaa memang mama ajar makan pada usia husnaa 6 bulan..tapi hudaa baru mama nak ajar masa usianya 8 bulan..mama rasa susu mama cukup untuk kenyangkan hudaa. lagi pon mama banyak mengali ilmu masa zaman husnaa lagi...mama baca bila baby dah tumbuh gigi barulah usus baby itu bersedia untuk di beri makanan..lagi pon hudaa dah ada 2 batang gigi sekarang.hudaa pon dah sedia untuk di beri makanan..bukan mama cakap susu mama tak cukup alhamdulilah cukup dan terlebih cukup..moga susu mama melimpah ruah untuk hudaa dan anak-anak susuan mama..masa husnaa mama beri makan beras perang..tapi hudaa mama cuba beras organik baby..mama dah tak buat stok puree di frozenkan macam mana mama buat untuk husnaa..mama minta maaf bukan untuk mama beza-bezakan cara masakan mama..tapi mama belajar dari kesilapan mama.mama cuba untuk bagi anak-anak mama makanan yang berkhasiat..mama sayang anak-anak mama..semoga ALLAH permudahkan mama jaga kedua anak-anak mama.ameen
Monday, July 3, 2017
Raya 2017
kembali ke asal selepas raya..tahun ni mama cuti lama dari hari khamis sampai ke ahad...hampir 11 hari..raya sakan mama tahun ni..tahun ni raya berempat..tahun ni mama beraya sebelah mama yang sepatutnya tahun ni beraya sebelah baba..tapi baba tak dapat cuti raya pertama ..tapi balik johor raya pertama lepas baba balik kerja.dapatlah jugak balik raya sebelah baba sampai raya ke 4.seronok juga balik ke kampung baba..tapi di sebabkan tahun ni abang mama ada jadi lengkaplah keluarga kami kalau tak bila turn mama aja..abang mama sebelah isteri dia..tapi tulah baba pulak takda..terasa betul jaga anak-anak tanpa baba..dengan kakak husnaa kena bunga api dekat tangan..dengan hudaa kaki kena oven masa mama tengah buat kuih raya..huwaaa mama rasa bersalah sangat..maafkan mama ya..hukk.mama cuba jadi yang terbaik tapi tetap jadi jugak..
sebelah mama
sebelah baba
bulan puasa ni mama turun dr 54kg ke 50kg..memang mama perasan badan dah kurus sangat..padahal mama makan macam biasa siap tambah-tambah makan lagi..mungkin menyusu dalam masa sama berpuasa jadi berat badan turun mendadak..raya ni dah makan macam-macam mesti naik semula hehehe
Labels:
album,
anak kedua,
anak pertama,
hudaafarihah,
husnaa fathiah
Friday, June 2, 2017
Keadaan Dua Puteri
lama mama tak update..alhamdulilah bulan ramadhan ni mama berniat puasa penuh sementara masih menyusu sepenuhnya dan masih belum kedatangan haid..hudaa sudah pon mencecah usianya 6 bulan..makan??mama belum berniat untuk bagi makan..tunggulah dulu..mama masih nak maintainkan susu badan mama...kalau dah campur mesti drop..bukan mama kejam tak bagi hudaa makan tapi biarlah usus dia pon belum boleh terima makanan..sudah sampai masa nanti mama akan bagi hudaa makan.. lagi pon mama takut kang kakak husnaa menyuap apa yang dia makan ke mulut adiknya ..hehehhe
husnaa alhamdulilah sudah dah sihat..baru ni husnaa kena jangkitan HFMD dari anak sepupu..memang mama dah tahu anak sepupu mama kena sebab dia pon cakap nak datang singgah amik barang aja..tapi dah lama tak jumpa..takkan nak jumpa kejap jekan..maafkan mama tak sangka jangkitan mengular dengan cepat..akibatnya dekat husnaa...pada mulanya mama dapat detect demam!!mama apa lagi suruh baba suluh dekat mulut kakak husnaa terus..yes!!dekat mulut dekat dengan tekak ada 3 4 macam tu ulser..dekat lidah satu dekat anak tekak yang tergantung satu huwaaa kita yang tua kena sebiji ulser pon dah sakit apa lagi budak..memang dari kena sampai hari ke 4 dia tak makan asyikminta susu cawan(fresh milk) dari peti ais dan bagi makan aiskrim vanila..mama tak bawak pon pergi klinik..mama google bukan ada ubat pon doktor bagi antibiotik ubat mulut dan suruh makan aiskrim..mama hanya pasang diffuser essential oil young living..mama diffus thieves setiap hari .yang paling mama risau kena dekat hudaa sudahlah baby lagikan...minta di jauhkan..hari kedua kena tu langsung tak nak makan asyik kemam air liur je.mama dah risau badan kakak husnaa mengigil..sampai mama paksa minum susu dengan air tawar guna shrink..menangis jugak la tapi mama terpaksa..husnaa masih aktif tapi tak bercakap hanya guna bahasa isyarat je..dalam fikiran mama kalau kakak tak aktif mama nak bawah pergi hospital drip air..di sebabkan kena ulser dekat mulut tu langsung xtak dengar suara kakak..mama jadi rindu..hukkk ALLAH hari-hari mama doa semoga kakak husnaa cepat sembuh..sebak tengok kakak sakit menjerit-jerit tak tahan sakit..
Labels:
anak kedua,
anak pertama,
hudaafarihah,
husnaa fathiah
Friday, April 21, 2017
Hudaa : 5 bulan
alhamdulilah genap 5 bulan usia hudaa..tak banyak ragam..mama lebih banyak fokus dekat kakak husnaa..seusia kakak husnaa 2 tahun 8 bulan ni memang tengah panjang akal..bangun tidur pagi-pagi suruh tutup lampu..malam katanya..mama cakap dah siang dia kata malam..kalau malam kakak suruh buka lampu..hai la kakak husnaa..mama boleh jadi singa betina..tapi mama cuba bersabar.biasa la tengah membesar..alhamdulilah hudaa buat masa ni masih dalam kawalan..menangis bila nak susu nak tidur dan kebosanan..bila susu lambat hudaa pilih isap jari..
hudaa sekarang dah pandai angkat buntut..seawal 3 bulan dah pandai mengiring..lepas tu meniarap dan tegakkan kepala..sekarang ni proses angkat buntut pulak..tak sabar mama nak tengok langkah seterusnya..kalau kakak husnaa mama memang kaji setiap bulan perkembangan baby.almaklumlah dah anak kedua semangat tu dah kurang tapi mama masih mengkaji juga..
susu pulak hudaa isap 20-21 oz setiap kali mama tinggalkan..seawal 7.30 mama dah bagi susu mama guna botol sampailah mama balik 7.30-8.00 malam...alhamdulilah nenek dengan atok cakap tak susah jaga kedua anak mama..gambar di bawah hasil susu mama bulan 3-4 banyak dah bagi anak susuan mama lagi-lagi anak abang mama iaitu raudha..raudha sekarang memang minum susu mama..ami dia cakap bila direct dengan ami dia macam tak puas..takpalah husnaa minum chiller raudha minum frozen..frozen tak berusik dari membuang baik mama bagi pada yang memerlukan
husnaa pulak minum susu fresh milk guna cawan..mama tengah fikir macam mana nak pisahkan pampes pula..mama taknak susahkan atok nenek..kakak bila dah membuang tak bagi tahu kalau dulu siap nangis-nangsi..sekarang ni pulak dah makin besar diam je..mama rasa nak marah je =_=..kakak oh kakak..semoga kedua anak mama membesar mejadi anak yang soleh dan solehah ,permudahkanlah aku dan suami menjaga kedua puteriku itu doa mama setiap kali dalam solat..
Sunday, March 26, 2017
Hudaa : 4 bulan
alhamdulilah usia hudaa sudah pon cecah 4 bulan..stok susu??ALLAH makin meriah masih boleh di beri kepada anak susuan tak pernah putus..stok frozen mama memang bagi anak susuan aja..stok chiller fresh mama bagi dekat hudaa..terlebih cukup ALLAH bagi rezeki untuk hudaa dan anak susuan mama..mama ada dua anak susuan...siapa anak susuan mama??satu sebelah mama..iaitu anak abang mama..satu lagi sebelah baba..anak along baba..iaitu abang sulung baba..anak dia yang nombor 3..keduanya perempuan dan lahir tahun yang sama dengan hudaa cuma hudaa hujung tahun diorang beza dengan hudaa pon 3-5 bulan..alhamdulilah..memang ramai akan pertikaikan tapi niat mama nak bagi susu adalah baik..dari buang membazir baik bagi pada mereka yang memerlukan...lagi pon saudara terdekat..
disebabkan sudah dua anak..jadi mama pilih untuk selim dan fit kembali..kononnya nak langsingkan badan..alhamdulilah berat mama masa naik kerja 58kg sudah turun ke 54-55kg..masa pantang mama turun dari 68kg ke 58kg..hanya 10kg sahaja turun..mama takdalah nak kurus tapi mama nak fit kembali yang gelebeh tu nak kasi fit balik..mama jaga makan dan minum..mama dah sebulan lebih tak minum manis tak minum 3in1 hanya minum air kosong dan minum susu pada waktu pagi itu pon mama shake dengan esp shaklee..setiap pagi mama senaman cardio dan tabata..semua seluar dan kain yang tak muat lepas pantang ritu dah muat kembali..alhamdulilah..dulu masa husnaa lambat gak turun..tapi pelan-pelan turun kali ni drastik sebab mama jaga makan dan minum..nasi pon mama ambil segengam lauk seimbang..sayur mama ambil banyak..alaa google aja cara coach ajar cara-cara makan dengan betul.bukan tak makan tau..mama makan 5 kali sehari..makan ikut waktu makan bukan mengunyah tak tentu pasal.
Jadual waktu makan mama
- pukul7.30 : sarapan (wajib) 2 keping roti whole meal + peanut butter + pisang (dilapiskan sekali)
**seminggu adalah 2 kali itu pon jarang mama makan nasi lemak mama pilih cheat day)
- pukul 11 : snacking makan buah epal atau pear pilih buah less sugar atau 1keping roti whole meal+peanut butter
**biasa mama snacking lepas pam susu
- pukul 1 : lunch makan nasi segengam + ikan( pilih daging putih antara ayam dengan ikan pilih ikan dulu takda pilihan baru ayam) sayur separuh pingan ..minum air kosong lepas 1 jam..mama akan makan buah kalau lapar lagi
- pukul 4 : snacking buah
**biasa mama snacking buah kalau lapar sangat mama akan makan sekeping roti whole meal
- pukul 8 : makan nasi segengam +lauk
**makan sebelum pukul 8 malam.kalau lapar mama akan pilih buah untuk makan..
makan dengan kerap supaya sistem penghadaman kita berjalan dengan lancar takdalah bila makan banyak sisterm penghadaman kita bekerja keras..mama cuba tak makan proses food.fast food, desert pon mama akan makan masa cheat day biasanya weekend mama akan cheat day..waktu bekerja mama akan jaga makan macam biasa ..makan dengan betul bukan kurang makan..lagi satu makan ikut kalori..mama akan kira setiap kalori seharian mama..mama kira kalori mama dengan usia ketinggian dan berat mama sekarang lebih kurang 1600 kalori + 500(untuk ibu menyusu)..tapi mama cuba ambil dalam 1600 aja..kalori yang berlebihan akan jadi lemak dalam badan kita kalau kita tak bakarkan..
Friday, February 17, 2017
#1-Stok susu Hudaa
alhamdulilah..mama dapat sambung semula hobi mama iaitu mengepam susu..heheh masa husnaa dulu mama terpaksa hentikan seketika sebab mengandungkan hudaa..alhamdulilah... walaupon mama berjaya susukan husnaa sepenuhnya setahun 6 bulan.mama dah bersyukur sangat dengan kejayaan mama..berhempas pulas mama kumpul stok susu dari peti ais rosak sampailah beli peti ais baru..
tapi kali ni susu mama meriah sangat..alhamdulilah..mama mula simpan stok susu dari berpantang hari ke 15 masa tu hudaa tak perlu ke klinik lagi sebab kuning..mama pam sehari sekali itu pon pukul 1 pagi..mama susukan hudaa dulu lepas tu baru pam..bila dah habis pantag mama mula pam 2 atau 3 kali sebab bengkak susu masa tu..tak boleh di biarkan nanti lagi bengkak..
sekarang mama teruskan perjuangan bila dah naik kerja ikut jadual 3 kali selama di pejabat.3 kali di rumah..rutin mama susukan hudaa dulu sampai kenyang lepas tu baru pam..alhamdulilah mama dapat aling banyak 9oz paling sikit 4oz..selalunya 5-6oz..taklah semeriah ibu-ibu lain tapi syukur..masa husnaa dulu paling banyak 5-6oz tapi itu pon lepas buat power pumping.apa pon berkat ilmu masa susukan husnaa sekarang mama dah lebih bijak ilmu penyusuan..mama banyak kongsi dengan kawan-kawan, saudara dan ipar duai...kebetulan anak mereka ada sebaya husnaa ada sebaya hudaa..
stok susu masa dari hari ke 15 pantang
NOW!!!
stok susu dekat chiller
stok susu di frozen
chiller pon banyak sebab mama boleh dapat total dalam 24-30oz sehari ibarat 2 hari lebih punya stok susu..lepas 5 hari baru mama transfer ke frozen..susu terlalu banyak mama tak nak bazirkan jadi mama ada anak susuan iaitu anak buah baba..abang baba punya anak bongsu..kebetulan mak dia pon mengepam susu tapi stok ada pon untuk 3 hari..kami banyak kongsi pasal ilmu penyusuan..jadi stok banyak mama bagi susu dekat dia..alhamdulilah dia terima susu mama..mama taknak bazir dari buang..ustaz cakap kita kena bagi susu pada yang memerlukan..syukur sangat di permudahkan..
nilah Hudaa Farihah..usia 2 bulan lebih sado dah anak mama minum hasil tuaian mama..nanti mama update gambar anak susuan mama ya.. insyaALLAH.. =)
Labels:
anak kedua,
anak susuan,
hudaafarihah,
susu badan,
tips penyusuan
Wednesday, February 1, 2017
Pengalaman Bersalin Anak Kedua
alhamdulilah usia anak kedua mama sudah pon 2 bulan.moga membesar dengan sihat ya sayang..mama nak cerita pengalaman bersalin anak kedua mama iaitu Hudaa Farihah binti Hairull Fadly.
pagi ahad tu mama buang air kecil tengok macam lendir darah keluar..mama cakap dengan baba dan ibu mama yang dah keluar tanda tapi masih belum pasti lagi..petang pukul 4 mama buang air lagi masa tu memang betul lendir darah keluar. mama terus cakap dengan baba kita kena pergi hospital..walaupon mama tahu kalau tanda lendir darah mesti doctor suruh balik kalau bukaan tak besar..masa kakak husnaa dulu macam tulah..tapi sebab anak kedua jadi mama taknak tanggung risiko lagi pon pengalaman mama masuk hospital placenta previa tu buat mama risau kandungan mama.
dalam perjalanan pergi ke hospital sempat mama suruh baba beli aiskirm magnum delima..sedap wooo...hehehe lepas ni nak kena pantang dahkan...sampai ja hospital pukul 5 petang macam biasa diorang tanya sebab apa.mama bagi tahu dah keluar lendir darah doctor suruh bukak seluar dalam sebab nak cek bukaan..doctor tu siap tegur mama..saya macam pernah tengok aja muka awak..familiar katanya..mama senyum sambil cakap yang mama pernah masuk ke hospital sebab pp type 3..doktor tu yang buatkan surat pelepasan mama keluar hospital..baru doctor tu ingat balik..
cek bukaan tengok-tengok dah 4cm dan ada licking sikit air ketumban..doctor cakap awak dah kena booking labour room tak boleh balik dah...jadi mama siap pesan dekat doktor saya tak nak masuk labour room awal-awal .saya nak jalan..doktor setuju sebab lagi pon labour room penuh..mama siap buat squat dan berjalan sampai kepenatan..pukul 10 macam tu doctor suruh baring dekat katil cek ctg...nurse cakap sakit awak ni tak berapa nak sakit..datang pon tak kerap lagi..sampai kul 1 pagi macam tu..mama siap terlena bila sakit kontraksi datang tetiba celik mata mama..mama dah rasa macam sakit sikit mama panggil doctor cek bukaan 5cm..tiba-tiba pluppp..air ketumban mama dah pecah bila cek bukaan dah 6cm..lepas 3 minit terus 10cm..cepat-cepat doctor jerit kata booking labour room dah full..
sampai aja labour room mama teran tak keluar lepas tu mama diam..nurse tegur kenapa kamu tak teran..mama cakap la tak rasa kontrasi lagi..rasa je kontrasi terus mama teran..alhamdulilah selamat melahirkan baby perempuan kedua pukul 2.27pagi..berat baby 3.39kg tanpa gunting tapi koyak..huhu..kali ni mama bersalin tanpa belasah baba..mana taknya masa husnaa dulu teruk baba kena..hehehe
Labels:
anak kedua,
hudaafarihah,
pengalaman bersalin
Tuesday, November 8, 2016
kandungan 37 minggu
lama mama tak update blog.kandungan mama sekarang dah 37 minggu..alhamdulilah ALLAH permudahkan..dari masuk hospital uri dekat bawah type 3 keluar hospital dapat bedrest dekat rumah..followup checkup seminggu sekali kena scan perut cek uri naik atau sebaliknya.alhamdulilah naik dan naik sampailah doktor sahkan mama boleh bersalin normal masa kandungan 35 minggu..jadi doktor dah tak bagi cuti..cuti dah habis jadi mama kena kerja seperti biasa masa 36 minggu..
bermacam-macam pengalaman mengandung kali ni mama dah tak sabar nak tunggu kehadiran awak sayang..walau apa pon dugaan ALLAH bagi mama bersyukur sangat..mama baba dan kakak husnaa menunggu kehadiran awak di dunia..semoga ALLAH permudahkan urusan mama bersalin akan datang.
semalam pergi klinik scan perut..doktor cakap baby tak turun lagi dekat pintu rahim(engaged)..berat 2.8kg..kalau masa kakak husnaa dulu 37minggu dah egaged..tu sebab mama lahirkan kakak husnaa 38 minggu 3 hari berat 3.57kg...berapa pon berat awak mama tak kisah yang penting awak selamat di lahirkan..keluar cepat mama dah sakit dekat ari-ari mama..tak mampu nak duudk lama.tak mampu nak berdiri lama.segalanya sakit..alhamdulilah..
Labels:
anak kedua,
hamil,
hamil semula
Friday, September 9, 2016
kandungan 28 minggu
alhamdulilah mama dah sampai ke tahap ni.28 minggu iaitu 7 bulan dah..tapi hati mama risau..baru ni mama kena minum gula lagi sekali..masa kandungan 3 bulan mama dah kena minum alhamdulilah mama bebas dari kencing manis(GDM)..masa husnaa jugak macam tu..tapi kandungan 7 bulan mama minum gula mama dapat kencing manis..jadi di sebabkan sejarah kakak husnaa itulah mama kena minum gula untuk kandungan kali ini.takpalah bagi mama minum gula apalah sangat berbanding nak teran masa bersalin nanti..
masa kandungan 26 minggu mama scan doktor bagi tahu uri mama di bawah... 2 minggu lagi doktor bagi appoiment scan..jadi baru-baru ni mama scan uri masih di bawah dan baby tak pusing lagi..doktor hanya bagi tahu tengok lagi 2 minggu insyaALLAH akan pusing ada masa lagi..bagi mama kata-kata doktor itu tak memberi harapan langsung..jadi mama kena usaha cara lain..mama tanya group menyusu di whatsup diorang suruh pujuk baby.berdoa,bersujud,senaman dan lagi satu berurut..mama dah buat semua tu jalan terakhir mama berurut..kali ni mama betul-betul tawakal semoga baby dalam kandungan dalam keadaan selamat...besok mama berurut.takut dan berdebar je..ALLAH..semoga baby ok saja dalam perut ni..
21 september mama ada appoiment pakar...doktor cakap selagi tak berlaku pendarahan ok lagi..tapi kalau berlaku pendarahan terus pergi hospital..huwaa mama takut sangat...tapi kalau itulah ujian ALLAH bagi dekat mama..mama bersyukur dan mama kena redha..orang kata mama tak boleh buat kerja berat dah..tapi mama ni jenis suka basuh bilik air basuh baju vacum rumah..mama jadi lagi rajin bila hamil ni.. tapi di sebabkan itulah uri tak naik agaknya.. =(
masa kandungan 27 minggu
**berat baby masa scan baru ni 1.1kg..
Labels:
anak kedua,
hamil,
hamil semula
Monday, July 18, 2016
kandungan 21 minggu
hari ni genap 21 minggu kandungan mama alhamdulilah..tapi bila makin besar makin kerap mama bersin..mama ada baca punca dan namanya "Pregnany Rhinitis" ..paling tak tahan bila malam hidung mama sampai tesumbat..kadang tu mama nak solat tiba-tiba keluar sendiri tanpa mama sedari apantah lagi waktu tidur..mama sampai kena sumbat tisu dekat hidung...kakak husnaa geram je tengok mama sumbat tisu dia nak cabut tisu dekat hidung mama..hidung takpayah cakap merah melecet..mama tak alah apa-apa pon..gejala mama ni memang tak jangkit alhamdulilah..tapi mengandung bersin-bersin ni memenatkan mama....takpalah mungkin ni ujian mama..harap baby membesar dengan sihat ya..
mama belum scan jantina baby..tak sabar nak scan dan tahu apa jantina awak..tak sabar nak bagi husnaa adik dan kawan takdalah kakak main sorang-sorang lepas ni.insyaALLAH
mama masih cool melaram lagi tengoklah perut betul-betul dah boyot jubah aja mama pakai.hehhe..susah betul nak ambil gambar kakak husnaa sekarang ni.sibuk nak berjalan sini sana.
Labels:
anak kedua,
hamil,
hamil semula
Monday, July 11, 2016
Raya 2016
alhamdulilah kandungan mama dah 20 minggu..husnaa pula dah 1 tahun 11 bulan lagi sebulan genaplah husnaa 2 tahun..begitu pantas masa berlalu..kakak husnaa pon makin pandai..bila ajak berborak memang dialah paling banyak bercakap tapi satu pon mama tak faham..tapi banyak dah kakak husnaa dah boleh sebut..alhamdulilah..
mama nak upload gambar raya kakak husnaa.biasalah ada anak perempuan memang nak sedondon dan nak bergaya bersama..alahai mama tengok pon rasa awak ni comel sangat.. simtom mama syok sendiri tengok anak sendiri..ahahhaa..
semalam sebelum mama mula kerja mama pergi beraya di rumah kembar atok husnaa..memang mama tahu tepi jalan menghala ke rumahnya ada jual durian..jadi balik dari rumah beliau mama ajak atok singgah makan durian..mahal!!2 biji RM20..jadi mama dengan sekeluarga 6 orang termasuk kakak husnaa total kami makan 3 biji je..ahaha jadilah buat rasa..itu pon dah buat mama sendawa durian sampai malam..errr..
riaksi muka kakak husnaa mula-mula makan durian..dia buat muka geli gelaman dengan geleng kepala siap sekali..ahahah..berlemak ke apa mama tak tahu nak tergelak di buatnya..husnaa kena suka makan durian sebab baba,atok dengan ucu awak hantu durian.mama dengan nenek suka gak tapi buat lepas tekak jelah..
raya pertama
raya kedua
tahun ni raya sebelah mama jadi raya di rawang jelah..pastu pergi rumah nenek dekat sungai besi kuala lumpur..memang mama orang KL ..hehehe..jadi bila orang tanya raya mana raya kl itulah jawapan mama..tapi itu tak bermakna mama tak balik kampung baba di johor..tapi tahun ni baba tak balik johor..memikirkan kewangan tak seberapa baba dengan mama memilih untuk tidak balik johor kampung baba.kesian baba tahun ni tahun pertama tak balik ke johor sebelum ni kalau turn mama pon raya ke dua dah balik ke sana..kita bukan tahu bila kita ada masalah.tapi apa pon mama tetap bersyukur dapat beraya..kita bukan orang susah dan bukan orang senang tapi kita fikir ada orang lain lebih susah dari kita..nasib baiklah mama dah beli baju raya husnaa sebelum puasa lagi..jadi kami pakai baju apa yang ada tak kisah..janji anak mama happy!..
Labels:
anak kedua,
anak pertama,
hamil,
hamil semula,
husnaa fathiah
Subscribe to:
Posts (Atom)















































