Showing posts with label tips penyusuan. Show all posts
Showing posts with label tips penyusuan. Show all posts

Friday, February 17, 2017

#1-Stok susu Hudaa

alhamdulilah..mama dapat sambung semula hobi mama iaitu mengepam susu..heheh masa husnaa dulu mama terpaksa hentikan seketika sebab mengandungkan hudaa..alhamdulilah... walaupon mama berjaya susukan husnaa sepenuhnya setahun 6 bulan.mama dah bersyukur sangat dengan kejayaan mama..berhempas pulas mama kumpul stok susu dari peti ais rosak sampailah beli peti ais baru..
tapi kali ni susu mama meriah sangat..alhamdulilah..mama mula simpan stok susu dari berpantang hari ke 15 masa tu hudaa tak perlu ke klinik lagi sebab kuning..mama pam sehari sekali itu pon pukul 1 pagi..mama susukan hudaa dulu lepas tu baru pam..bila dah habis pantag mama mula pam 2 atau 3 kali sebab bengkak susu masa tu..tak boleh di biarkan nanti lagi bengkak..
sekarang mama teruskan perjuangan bila dah naik kerja ikut jadual 3 kali selama di pejabat.3 kali di rumah..rutin mama susukan hudaa dulu sampai kenyang lepas tu baru pam..alhamdulilah mama dapat aling banyak 9oz paling sikit 4oz..selalunya 5-6oz..taklah semeriah ibu-ibu lain tapi syukur..masa husnaa dulu paling banyak 5-6oz tapi itu pon lepas buat power pumping.apa pon berkat ilmu masa susukan husnaa sekarang mama dah lebih bijak ilmu penyusuan..mama banyak kongsi dengan kawan-kawan, saudara dan ipar duai...kebetulan anak mereka ada sebaya husnaa ada sebaya hudaa..

stok susu masa dari hari ke 15 pantang


NOW!!!
 stok susu dekat chiller 
stok susu di frozen

chiller pon banyak sebab mama boleh dapat total dalam 24-30oz sehari ibarat 2 hari lebih punya stok susu..lepas 5 hari baru mama transfer ke frozen..susu terlalu banyak mama tak nak bazirkan jadi mama ada anak susuan iaitu anak buah baba..abang baba punya anak bongsu..kebetulan mak dia pon mengepam susu tapi stok ada pon untuk 3 hari..kami banyak kongsi pasal ilmu penyusuan..jadi stok banyak mama bagi susu dekat dia..alhamdulilah dia terima susu mama..mama taknak bazir dari buang..ustaz cakap kita kena bagi susu pada yang memerlukan..syukur sangat di permudahkan..


nilah Hudaa Farihah..usia 2 bulan lebih sado dah anak mama minum hasil tuaian mama..nanti mama update gambar anak susuan mama ya.. insyaALLAH.. =)

Thursday, December 10, 2015

1 tahun 4 bulan

ma..tutu tutu sambil selakkan baju mama dia..itulah signal husnaa bila dia nak susu..kalau dengan nenek pon begitu tapi dia tak selak beria kalau dengan nenek..jadi nenek dah tahu dia nak susu jadi nenek suruh pergi dapur ambil botol..dia pon beria pergi dapur..sangat bijak anak mama ni..membesar dengan cepat buat mama rasa rindu awak masa baby..tahun depan dah 2016..pantas mama berlalu pergi..

mama dah takda stok susu..perjuangan mama harus di teruskan...mama dah cakap kalau tak cukup mama takda fikir lain mama akan cuti.kalau sesetengah ibu hantar susu ke taska bila tak cukup susu..tapi mama pulak kena fikir untuk cuti buat stok sebab kalau nak hantar jauh pula..

dari 8 botol ke 7 botol sekarang ni 6 botol sahaja mama dapat sediakan..setiap hari mama cakap dengan nenek dia susu ok tak?makan banyak tak?jawapan nenek pasti sama ok..tapi mama sebenarnya nak bagi tahu nenek tolonglah jimat..tapi hari-hari stok freezer di ambil..jadi mama nak cakap apa..5kali pam untuk 6 kali minum mama tak mampu..mama dapat buat 5 kali pam 5 kali minum sahaja..huwaaaaa mama tak tahu apa nak buat lagi..mama taknak stress mama nak  tenang dan makan dengan jayanya..mama taknak mengalah sekarang jauh lagi 6 bulan tu untuk mama...

Thursday, September 17, 2015

Perkembangan


perkembangan husnaa sekarang..dia dah pandai jalan,kalau nak menyusu tu dia suka mengentel..kalau tak jerawat mama jadi mangsa tidak pon perut mama..tak kisahlah nak yang penting tidur di buai mimpi indah.hehehe..syukur nimat mu ya ALLAH..mama bahagia tengok awak membesar dengan sihat..11 bulan lagi mama nak mejayakan penyusuan..walaupon stok susu dah susut tak semeriah dulu tapi mama masih berjuang ke 2 tahun..cayokkk..


lepas kes peti ais rosak mama tak topup langsung stok susu di rumah jiran..alhamdulilah jiran baik dia tumpangkan susu mama..kalau tak mahu rosak kesemuanya..atok tak tahan asyik ngomel pasal peti ais terus dia beli baru..lega mama dapat pati ais baru tapi stok susu pulak susut..takpalah yang penting stok susu tak penah habis..sentiasa mama topup.. =)

Thursday, June 18, 2015

Penyusuan-1 Ramadhan

Ramadhan  untuk  ibu menyusu seperti mama sangat membimbangkan..tapi demi anak mama cuba..bawah adalah hasil di pejabat  yang biasa di bawa balik 14-16 oz..tapi semalam dapat bawa balik 11.5oz Allah..masih tak cukup  walhal husnaa minum 15 oz . (Jangan sesekali fikir stok freezer) .mama tingkat  mengepam  nasib baik mama memang jenis pam waktu subuh  jadi lepas sahur pam sekali 10 minit dapat 3oz lepas (husnaa df).jadual pam di pejabat  terpaksa  di anjakan sebab balik awal jadi pam seperti biasa dan lepas buka pam lagi dapat 3oz total mana dapat kumpul  semalam 17.5oz.lebih dari husnaa minum..alhamdulillah  masih ada rezeki husnaa yang penting jangan putus asa..

Cara atasi susu merundum
  1. jangan panik atau streess kedua-dua menyumbang kepada  kemerosotan  penghasilan susu
  2. tingkatkan jumlah  mengepam walaupun  setiap pam hanya  menghasilkan susu sedikit pastikan kosongkan  breast  dengan marmet
  3. jangan sesekali  mengambil  jalan mudah dengan memberi  susu formula kerana si ibu tidak akan bersungguh  meningkatkan penghasilan  susu
  4. cuba caru masalah dan akibat dari kekurangan susu contoh  skip jadual pam dan cuba untuk lakukan power pumping
  5. cek diet anda seharian  dan tambahkan protien  dalam menu seharian
  6. pastikan alatan mengepam benar2 sesuai dan  selesa sebab mempengaruhi  jumlah penghasilan susu
  7. memerlukan  bantuan sila hubungai pakar laktasi untuk membantu  
  8. jangan  sesekali putus asa

Thursday, June 4, 2015

Jadual pam susu mama husnaa



anak semakin hari semakin membesar.1 tahun semakin menghampiri mu..alhamdulilah..tengok anak membesar depan mata membuatkan semua ibu-ibu di luar sana rasa bahagia..tiada apa yang dapat di ungkapkan selain rasa bersyukur..



mama teringat masa mula-mula mama pam susu dapat 1.5oz je..malu nk letak susu dekat peti ais.yela sebelum ni mama ada 2 orang geng pam susu di pejabat tapi dia budak bawah.jadi mama tak tahu bila diorang pam susu..tapi bila mama nak letak susu pasti ada stok susu di peti itu jugak..mama tutup mata aja letak stok susu mama yang sikit tu..tapi mama percaya suatu hari nanti pasti susu mama meningkat walaupon berangan aja.yang penting ilmu penyusuan mama cukup di dada..berkat konsisten pam,power pumping,alhamdulilah..meningkat dari 1.5 ke 2oz ke 3oz ke 4 oz..sekarang mama boleh dapat 5 6 oz sekali pam insyaALLAH..tiada apa yang hendak di kata selain bersyukur..usaha mama membuahkan hasil..
sekarang nak letak susu di peti bawah rasa bangga aja..tapi hampa sekali bila susu dah meningkat tiada pulak persaing mama..mereka tidak lagi pam..mereka dah mula bagi fm..sudah tidak mampu dan menyatakan mereka sibuk dan tiada masa untuk pam...mama faham..takpalah..mama sedaya upaya walaupon sibuk mama akan cuba pam selama mampu untuk menyusukan awak selama 2 tahun atau lebih..insyaALLAH..
mama nak kongsi jadual pam supaya kawan-kawan sepejuangan mama ada stok seperti mama..semoga bermanfaat insyaALLAH


Monday, May 18, 2015

hasil susu terkini

hasil susu terkini..alhamdulilah rezeki mu husnaa..mama bangga sekarang ni mama jadi rakan laktasi mengajar mereka-mereka yang betul-betul nak menyusukan anak..diorang ingat mama ni dah ada anak ke dua ke tiga..walhal anak mama baru 9 bulan lebih..insyaALLAH..mama akan bantu mereka jayakan penyusuan ibu..insyaALLAH

Monday, March 23, 2015

susun semula susu ebm

sebabkan penyusunana macam KLCC jadi setiap kali letak botol yang dah di pam atas dia mesti jatuh tak kukuh..jadinya 2 botol pecah begitu saja..terpaksa 2 botol yang pecah tu jadi stok minum untuk esok..nenek husnaa bagi cadangan baringkan susu tu supaya tak jatuh..mama pon renovation sikit susu ebm mama..


asyik jatuh-jatuh je..jadi mama tukarkan ke

 ni pon mama risau nak jatuh..sebab botol ada yang tak sama saizkan..=_="
.nak puasa ni..mama harap stok ebm mama cukup..insyaALLAH

Wednesday, March 18, 2015

Titisan Emas

alhamdulilah..husnaa 7 bulan lebih tapi stok susu tak susut setakat ini.mama sedaya upaya mengekalkan..sebab memang hari-hari mama ambil ebm ni..jadi di peti ais mama tengok tarikh kesemuanya bulan march 2015..kiranya bulan ni..fresh pon mama bagi jugak..tapi sebab taknak bazir jadi mama kena ambil ebm ni..tengok gambar tu.stok puree husnaa kemain lagikan..macam nilah ibu bekerja..semua dah tersedia ada..pagi-pagi mama tinggal masak je..insyaALLAH selagi mampu hari-hari mama masak dan mengepam..

mama nak kongsi..selama ni anak kita minum titisan emas..inilah dinamakan titisan emas yang orang dok sebut-sebutkan tu..golden milk!!betul yang di jangkakan..alhamdulilah..kuasa ALLAH..

ni dia anak mama minum emas ni..hehehe...sebabkan titisan emas ni mama siap masuk group BF MOM..sebab nak kongsi pasal laktasi dekat ibu-ibu lain..ilmu yang kita tahu mesti di kongsikan..insyaALLAH..

Tuesday, February 24, 2015

#4-Tips penyusuan

mama bukan perniaga atau penjual shaklee tapi mama dah gunakan produk ni dari mengandung husnaa lagi..jadi mama boleh rasa memang bagus produk ini..tapi sekarang ni mama tambah 2 produk untuk menyusu alfafa dan untuk kurus lecithin..
pagi : 1 biji omega gard + 2 biji lecithin (lepas makan)
tengah hari : 1biji b complex + 1 biji vita-lea + 1 biji vit c
petang lepas lunch : 3 biji alfafa + 3 biji lecithin
alhamdulilah makan lecithin bengkak susu berkurangan..kalau tak memang kerap bengkak susunya..makan lecithin pon hari-hari membuang..rasa macam kurus sikit je..biasa pakai baju butang nak tercabut..tapi sekaragn dah longar..hehehe rasa kembang kejap bila tengok diri kurus..
lagi pon makan b complex + vita-lea + vit c membuatkan mama tak ngantok walaupon setiap malam 2 3 kali bangun menyusukan husnaa..masih bertenaga ke tempat kerja..alhamdulilah..omega gard pulak untuk perkembangan baby..susu pon boleh pekat..nak pekatkan susu banyakkan makan yang mengandungi protien..insyaALLAH susu akan pekat..
jangan ingat ibu yang makan produk X untuk susu ..susu akan banyak..sebagai contoh..kalau orang suggest makan longan kering banyakkan susu..tapi mama tak suka makan..makan pon macam terpaksa..ingat susu akan banyak ke?tidak sama sekali..tapi kalau makan dengan gembira susu akan banyak..mood memainkan peranan juga untuk susu..jadi mama makan suplemen pon sebab nak sihat..nak bertenaga..pastikan supply & deman selalu..konsisten pam terutamanya bila baby tiada dengan kita..
**susu mama makin meningkat..rasa boleh senyum lebar-lebar tengok hasil susu perahan di pejabat..

Thursday, February 12, 2015

#3-Tips penyusuan

alhamduilah.susu mama dah kembali normal..senyum lebar mama tengok hasil susu mama..mama tak dapat nak buat power pumping.mama dah kunci jam.tapi mengelat nak bangun..susah betul..lagi pon husnaa tak boleh takda bau mama..bau susu mama tu..hilang aja merengek nak susu..mak mertua mama kata nak ngempeng je keje husnaa..hehehe..
mama baca cara nak kembali susu merindum adalah buat power pumping.selain itu konsisten pam..ya!!betul..dengan konsisten pam mama dapat balik hasil perahan seperti dulu..demam memang boleh buat susu merundum.tapi dengan berkat usaha..alhamdulilah..niat untuk susukan husnaa ke 2 tahun insyaALLAH..

hasil susu di atas adalah hasil perahan 2 jam sekali lepas pukul 12...next pukul 2..jadi yang di atas hasilnya...alhamdulilah..2 jam sekali ambil masa 15 minit aja.

tips mama husnaa ketika susu merundum :
1)power pumping..serius mama cakap power pumping memang jalan terbaik bila susu merundum
2)konsisten pam..kalau pam hari ini pukul 10 besok pagi pukul 10 jugak..insyaALLAH susu kembali normal
3)kerap mengepam..mama husnaa pam 4 kali di pejabat..jangan ambil masa lama cukup 15-20 minit..insyaALLAH..ada 2kali lets down reflect..
4)jangan terlalu fikir berapa oz dapat..(mama husnaa fikir jugak)hehehe

**husnaa dah mula makan tapi nenek dia cakap susu pon kerap jugak..ayokkkk..mama kena usaha lebih ni..harap stok ebm husnaa takkan susut..insyaALLAH


Thursday, February 5, 2015

kekalkan stok ebm

ya ALLAH..hati ibu mana tak gundah gulana bila tengok hasil susu kian merosot..risau sangat..kalau dulu pam 10-15 minit 2jam sekali boleh dapat 3oz..kekadang lebih.tapi lepas demam susu merundum teruk...niat untuk susukan husnaa sehingga 2 tahun buat mama risau..dapatkah sehingga 2 tahun?walaupon stok susu ada lagi di freezer..tapi kalau susu merundum bagaimana nak kekalkan stok ebm itu..yaALLAH..kuatkan semangat..mama tak akan putus asa...semalam mama nak buat power pumping..tapi husnaa bangun nak susu..dapat buat 10 minit pertama aja..
semalam mama dah mula buat puree mangga untuk husnaa..alhamdulilah..husnaa dah mula makan..habis pulak tu..orang kata bila baby dah mula makan nanti susu akan merundum lagi teruk..sebab kekerapan menyusu berkurangan..tapi mama masih mengepam di pejabat..bagi yang direct feeding di suruh pam bila baby tak menyusu supaya ada demand..jadi pengeluaran susu masih berjalan seperti biasa..insyaALLAH..

Tuesday, February 3, 2015

susu merundum

seminggu demam ni buat mama serik..maklum sajalah bila dah demam badan jadi sangat lemau..makan tak lalu minum tak lalu hanya mahu tidur dan tidur.walaupo mama demam husnaa masih mahu menyusu terus dari mama..kalau ikutkan hati mama memang tak larat..tapi tengok muka husnaa mama gagahkan jugak untuk menyusukan husnaa..sekali sekali saja nenek kesian nenek keluarkan stok ebm husnaa..jadi husnaa terpaksa menyusu mengunakan botol..ALLAH saja tahu betapa tak laratnya mama..seminggu mama tak pam..sebelum ni kalau cuti macam mana pon mama akan pam sehari sekali..tapi mama tak pam langsung cuti ni..yela demamkan..


hari ini kembali ke pejabat seperti biasa..susu mama agak merundum..selalu pam 15minit dapat 3oz..ni dah pam 20 minit tapi dapat 2oz..takpa..mama tak kan mengalah.susu harus di pam keluar walaupon dapat sikit,,mama yakin susu akan meningkat kembali..mama kena makan macam selalu minum macam selalu..insyaALLAH..

Monday, January 19, 2015

#2-Tips penyusuan






stok ebm Januari 2015.tak banyak tapi mama nak kongsi tips

Tips mama :
  1. tepis perkataan "susu saya takda".."susu saya sikit"..tuhan dah cipta setiap ibu memang ada susu..tapi kena sabar sikit..lagi pon susu produce ikut keperluan anak..jangan cakap susu takda..
  2. kalau susu sikit pastikan malam pukul 12.00 malam - 5 pagi buat power pumping..10 minit pam 10 minit berhenti selama satu jam..amalkan seminggu secara konsisten InsyaAllah susu akan banyak tak percaya buat..tapi jangan berharap hari pertama kedua dah banyak susu..mula-mula keluar angin dan titis-titisan..lama2 dari 2oz boleh menjadi 5oz..InsyaAllah.. 
  3. tiada perkataan diet untuk ibu menyusu..makanlah apa yang ibu suka janji tak memudaratkan diri...dan yang paling penting banyakkan minum air kosong kalau boleh 3 liter sehari..jangan risau gemok sebab ibu menyusu membakar lebih kurang 500-600 kalori sehari.. tak perlu melakukan senam pon takapa..
  4. selepas menyusu anak kita pam..tidak pon sebelah menyusukan anak sebelah lagi pam..lagi banyak kita pam otak akan hantar signal yg kita perlukan lebih banyak susu
  5. bagi ibu bekerja mcm mama..pastikan konsisten pam..kalau pam pukul 12 besok pon pam pukul 12..pam 2-3 jam sekali jangan ambil masa lama..10 -15 minit yang penting kita kosongkan breast
  6. target susu setiap hari..kalau anak minum 15oz pastikan bawak susu balik 15 oz jugak..kalau tak cukup.. balik sila pam..tidak pon anak tidur bangun pam..fikir anak kita tak cukup susu..silalah rajinkan diri..kesianlah dekat anak..dia perlukan susu ibu..
  7. masa pantang sila buat stok susu..dapat 0.5oz pon simpan.sapa nk bagikan..jangan giveup..perut anak mula-mula memang minum sikit itu sebab dia kerap minum..jangan kita fikir anak kerap menyusu sebab tak cukup susu..anak nangis kata tak cukup susu.SALAH!!!..cek pampes anak..cek perut anak..kalau dah buat semua tu masih menangis..ibu tarik nafas hembus..cari tempat yang sesuai susukan anak insyaAllah susu akan keluar..abaikan katakata orang sekeliling suruh beli susu fm..cuba dulu..
  8. mama ibu ummi mak rajinkan diri anda..serius enjoy sangat dpt susu kan anak kita..alhamdulilah rezeki anak...



tengok muka husnaa..sukanya dia dapat susu mama.

Monday, January 5, 2015

tips

mama nak kongsi tips mama buat stok penyusuan..mula-mula dulu mama kais pagi makan pagi..di sebabkan itu mama nekad..sampai bila nak macam tu..mana tahu akan datang susu mama merundum..kesian husnaa..
  • tips 1 
sebelum ni di pejabat mama pam sehari 3 kali sehari ..pukul 10.00am,2.00pm, 5.00pm...mama kira-kira kalau mama pam 3 kali dapat bawak balik 10oz..tapi kalau mama pam 4 kali di pejabat dapat bawak balik 13-14oz..jadi mama memilih untuk pam 4 kali..waktunya pukul 10.00am,12.00pm,2.00pm, 5.00pm..jangan pam lama-lama kang tak pasal kena marah pula..sebab asyik takda kat tempat aja..pam 10-20 minit..tapi biasa mama pam 15 minit aja..
  • tips 2
teknik marmet iaitu teknik pam menggunakan tangan..jangan keseluruhan menggunakan tangan..jenuh pulak nak guna tangan waktu bekerja...lepas pam elektrik guna tangan untuk mengosongkan betul-betul breast kita..kalau pam guna elektrik dapat 3oz jadi lepas tu guna tangan mesti akan meningkat 3.5oz-4oz..tak percaya cuba korang buat..sikit pon tapi sapa nak bagikan?
  • tips 3
balik kerja pon mama pam..sebelah bagi husnaa susu sebelah lagi mama pam..dapat 1.5oz pon mama simpan..sikitkan?tapi bukan senang nak dapat 1.5oz..sangat berharga..
  • tips 4
waktu cuti adalah waktu bonding dengan anak..directfeeding dengan husnaa..kecuali kalau breast mama dah sakit sangat tapi husnaa memilih tidur dari menyusu..mama terpaksa pam..tapi mama tak berapa nak fokus mengepam waktu cuti..jadi untuk dapatkan jugak stok mama pam waktu pagi..dapat stok sehari sekali pon takpa.yang penting ada stok susu..pastikan!!
  • tips 5
power pumping..serius mama cakap power pumping memang sangat bagus..waktu sangat bagus buat power pumping pukul 12.00 tengah malam sampai menjelang subuh..biasa mama buat power pumping pukul 3 pagi..teknik buat power pumping 10 minit pam 10 minit berhenti..buat selama 1 jam..tapi sekarang mama dah tak rajin buat power pumping sebab stok dah ada..harap stok tidak berkurang..insyaALLAH.. gambar di bawah hasil mama pam waktu pagi-pagi..walaupon husnaa asyik menyusu waktu malam tapi susu masih ada..jadi kena kosongkan breast..baru susu yang baru akan keluar..

serba sedikit tips mama beri..harap bermanfaat.. insyaALLAH..
mama harap susu mama mencukupi untuk husnaa sehingga 2 tahun..mama akan cuba yang terbaik untuk husnaa..insyaALLAH..