Friday, April 21, 2017

Hudaa : 5 bulan

alhamdulilah genap 5 bulan usia hudaa..tak banyak ragam..mama lebih banyak fokus dekat kakak husnaa..seusia kakak husnaa 2 tahun  8 bulan ni memang tengah panjang akal..bangun tidur pagi-pagi suruh tutup lampu..malam katanya..mama cakap dah siang dia kata malam..kalau malam kakak suruh buka lampu..hai la kakak husnaa..mama boleh jadi singa betina..tapi mama cuba bersabar.biasa la tengah membesar..alhamdulilah hudaa buat masa ni masih dalam kawalan..menangis bila nak susu nak tidur dan kebosanan..bila susu lambat hudaa pilih isap jari..

hudaa sekarang dah pandai angkat buntut..seawal 3 bulan dah pandai mengiring..lepas tu meniarap dan tegakkan kepala..sekarang ni proses angkat buntut pulak..tak sabar mama nak tengok langkah seterusnya..kalau kakak husnaa mama memang kaji setiap bulan perkembangan baby.almaklumlah dah anak kedua semangat tu dah kurang tapi mama masih mengkaji juga..
susu pulak hudaa isap 20-21 oz setiap kali mama tinggalkan..seawal 7.30 mama dah bagi susu mama guna botol sampailah mama balik 7.30-8.00 malam...alhamdulilah nenek dengan atok cakap tak susah jaga kedua anak mama..gambar di bawah hasil susu mama bulan 3-4 banyak dah bagi anak susuan mama lagi-lagi anak abang mama iaitu raudha..raudha sekarang memang minum susu mama..ami dia cakap bila direct dengan ami dia macam tak puas..takpalah husnaa minum chiller raudha minum frozen..frozen tak berusik dari membuang baik mama bagi pada yang memerlukan



husnaa pulak minum susu fresh milk guna cawan..mama tengah fikir macam mana nak pisahkan pampes pula..mama taknak susahkan atok nenek..kakak bila dah membuang tak bagi tahu kalau dulu siap nangis-nangsi..sekarang ni pulak dah makin besar diam je..mama rasa nak marah je =_=..kakak oh kakak..semoga kedua anak mama membesar mejadi anak yang soleh dan solehah ,permudahkanlah aku dan suami menjaga kedua puteriku itu doa mama setiap kali dalam solat..


No comments:

Post a Comment