Showing posts with label stok puree. Show all posts
Showing posts with label stok puree. Show all posts

Tuesday, August 1, 2017

HusnaaHudaa

alhamdulilah.hudaa dah pon 8 bulan..husnaa pula tak lama lagi bakal 3 tahun tinggal beberap hari sahaja lagi..ok mama cerita tentang husnaa..husnaa dah banyak cakap..banyak ayat yang  dia dah pandai tutur dan susun ayat..disebabkan mama ni suka membaca melalui google pengalaman-pengalaman ibu-ibu di luar sana mereka cakap anak pertama lambat cakap..tapi perlahan-lahan mereka belajar..husnaa memang mama dah nampak faham arahan dan memberi arahan juga..sekarang ni husnaa proses meniru jadi mama cuba untuk tidak bagi tindakan negetif supaya husnaa tak meniru tapi tipulah mama seorang ibu berkerja jadi mama memang lalai juga kadang-kadang..tapi mama cuba jadi contoh yang baik untuk anak-anak mama..mama cuba tegur tanpa tinggikan suara cuba tidak naik tangan buat masa ni alhamdulilah tahap kesabaran mama boleh dikawan lagi.



hudaa pula mama baru ajar dia makan nasi..biasanya usia baby 6 bulan aja ibu-ibu di luar sana dah bagi makan..masa husnaa memang mama ajar makan pada usia husnaa 6 bulan..tapi hudaa baru mama nak ajar masa usianya 8 bulan..mama rasa susu mama cukup untuk kenyangkan hudaa. lagi pon mama banyak mengali ilmu masa zaman husnaa lagi...mama baca bila baby dah tumbuh gigi barulah usus baby itu bersedia untuk di beri makanan..lagi pon hudaa dah ada 2 batang gigi sekarang.hudaa pon dah sedia untuk di beri makanan..bukan mama cakap susu mama tak cukup alhamdulilah cukup dan terlebih cukup..moga susu mama melimpah ruah untuk hudaa dan anak-anak susuan mama..masa husnaa mama beri makan beras perang..tapi hudaa mama cuba beras organik baby..mama dah tak buat stok puree di frozenkan macam mana mama buat untuk husnaa..mama minta maaf bukan untuk mama beza-bezakan cara masakan mama..tapi mama belajar dari kesilapan mama.mama cuba untuk bagi anak-anak mama makanan yang berkhasiat..mama sayang anak-anak mama..semoga ALLAH permudahkan mama jaga kedua anak-anak mama.ameen



Sunday, June 28, 2015

bread & cookies kitty

cuti ritu mama merajinkan diri membuat bread dan cookies untuk husnaa..iklan di tv macam mana pon hebat.hebat lagi masakan mama..selamat dan bersih di sertai dengan doa insyaALLAH
 cara-cara :
  1. sapukan unslated butter ke atas roti 
  2. kemudian tekap roti mengikut acuan
  3. bakar selama 10 minit 150 d/calcius
  4. sedia di makan
cara-cara :
  1. 1 mangkuk tepung attar
  2. 2 cawan tepung jagung
  3. 1 buku unsalter butter
  4. oat/puree buah

**tak berapa nak jadi cookis mama pandai pergi letak puree pisang..atok husnaa suka dia cakap lembut..tapi mama masih tak puas hati sebab tak rapuh cuma lebut untuk husnaa makan..mama akan cuba buat lagi akan datang ya.. insyaALLAH..

Monday, March 30, 2015

pasta baby

cuti hari tu mama tukar manu husnaa asyik makan bubur je kan jadi mama buatkan pasta baby untuk husnaa..selalu kalau buat spageti pakai prego tomatokan..tapi yang ni mama buat fresh dari buat tomato..mama kongsi resepi untuk mama-mama di luar sana

 bahan-bahan
  • tomato
  • carrot
  • isi ayam
  • pasta
sesekali masak lain sikit..taklah husnaa bosan..macam kita jugak lakan nak makan spaghetti..hehehe

**alhamdulilah husnaa suka apa yang mama dia masak berselera sangat..atok dia cakap husnaa dah tembam 

Monday, March 9, 2015

7 bulan usia husnaa

alhamdulilah genap 7 bulan usia husnaa semalam..cepat sangat awak besar sayang..rasa tak puas nak gomol-gomol awak..bila dah 7 bulan ni mama nak perkenalkan awak bubur nasi..setiap pagi mama dah siap-siap masakan bubur nasi untuk husnaa..nenek hanya suapkan husnaa aja..mama taknak susahkan nenek..lagi pon selama ni memang mama hanya suruh nenek jaga aja..makanan husnaa memang mama sediakan..nak jadi mama mithali kenalah rajin..hehehe..tapi bubur nasi mama tak frozenkan..kesian pulak husnaa asyik makan yang frozen..jadi setiap pagi mama bangun pam kemudian masak bubur untuk husnaa..jadi untuk memudahkan kerja mama.mama dah siapkan bahan-bahan seperti kentang putar,puree sayur-sayur yang di frozenkan .jadi bila masak bubur nasi mama hanya tinggal masak aja.....
waktu cuti memang takda benda lain mama buat..mama buat makanan awak aja..mama nak husnaa makan dari air tangan mama sendiri..doakan mama sihat dan rajin untuk sediakan makan minum awak, baba dan keluarga mama..insyaALLAH..

ni puree brokoli + bayam..mama hanya tinggal letak aja dalam bubur nasi awak nanti..

ni hasil bubur mama letak bilis + puree brokoli bayam ..walaupon semua mama dan blendkan..tapi lepas masak mama masih blend halus supaya jadi puree bubur nasi..dah 8 bulan ke atas mama tak perlu blend jadi puree dah..tapi masih kena hancur..sebab awak takda gigi lagi.hehehe..
jadi sehari manu husnaa
  • pagi makan bubur nasi
  • tengah hari makan bubur nasi
  • petang makan puree buah

membesar dengan sihat ya..walaupon husnaa dah makan susu tetap 6 botol sehari..macam mana?? 

Tuesday, March 3, 2015

Stok

di sebabkan mama cuti cekup husnaa semalam..jadi mama luangkan masa buat stok puree husnaa dengan stok beras dan bilis..insyaALLAH cuti ni buat stok puree sayur..senang akan datang mama hanya masak aja.semua siap sedia..beras mama jadikan seperti tepung..begitu juga ikan bilis..
cara nak buat tepung beras
1)basuh beras perang 3 kali
2)toskan beras
3)goreng sehingga kering
4)tunggu sejuk seketika
5)blendkan


cara buat ikan bilis
1) rendamkan ikan bilis selama 3 jam untuk kurangkan masinnya
2)toskan
3)goreng sehingga kering
4)tunggu seketika bagi sejuk sedikit
5)blendkan


dah sediakan tepung beras dan ikan bilis tak perlu nak blend lepas masak..bagi mama yang bekerja mama nak jalan mudah..tapi kena rajin sikitlah..cuti je mama dah siapkan semua..


atas stok makanan husnaa..bawah stok makanan seisi keluarga..kemas gitu..