Tuesday, March 3, 2015

Stok

di sebabkan mama cuti cekup husnaa semalam..jadi mama luangkan masa buat stok puree husnaa dengan stok beras dan bilis..insyaALLAH cuti ni buat stok puree sayur..senang akan datang mama hanya masak aja.semua siap sedia..beras mama jadikan seperti tepung..begitu juga ikan bilis..
cara nak buat tepung beras
1)basuh beras perang 3 kali
2)toskan beras
3)goreng sehingga kering
4)tunggu sejuk seketika
5)blendkan


cara buat ikan bilis
1) rendamkan ikan bilis selama 3 jam untuk kurangkan masinnya
2)toskan
3)goreng sehingga kering
4)tunggu seketika bagi sejuk sedikit
5)blendkan


dah sediakan tepung beras dan ikan bilis tak perlu nak blend lepas masak..bagi mama yang bekerja mama nak jalan mudah..tapi kena rajin sikitlah..cuti je mama dah siapkan semua..


atas stok makanan husnaa..bawah stok makanan seisi keluarga..kemas gitu..

1 comment:

  1. Setuju2..masa cuti2lah nk bereskan semuanya..

    ReplyDelete