Tuesday, August 1, 2017

HusnaaHudaa

alhamdulilah.hudaa dah pon 8 bulan..husnaa pula tak lama lagi bakal 3 tahun tinggal beberap hari sahaja lagi..ok mama cerita tentang husnaa..husnaa dah banyak cakap..banyak ayat yang  dia dah pandai tutur dan susun ayat..disebabkan mama ni suka membaca melalui google pengalaman-pengalaman ibu-ibu di luar sana mereka cakap anak pertama lambat cakap..tapi perlahan-lahan mereka belajar..husnaa memang mama dah nampak faham arahan dan memberi arahan juga..sekarang ni husnaa proses meniru jadi mama cuba untuk tidak bagi tindakan negetif supaya husnaa tak meniru tapi tipulah mama seorang ibu berkerja jadi mama memang lalai juga kadang-kadang..tapi mama cuba jadi contoh yang baik untuk anak-anak mama..mama cuba tegur tanpa tinggikan suara cuba tidak naik tangan buat masa ni alhamdulilah tahap kesabaran mama boleh dikawan lagi.



hudaa pula mama baru ajar dia makan nasi..biasanya usia baby 6 bulan aja ibu-ibu di luar sana dah bagi makan..masa husnaa memang mama ajar makan pada usia husnaa 6 bulan..tapi hudaa baru mama nak ajar masa usianya 8 bulan..mama rasa susu mama cukup untuk kenyangkan hudaa. lagi pon mama banyak mengali ilmu masa zaman husnaa lagi...mama baca bila baby dah tumbuh gigi barulah usus baby itu bersedia untuk di beri makanan..lagi pon hudaa dah ada 2 batang gigi sekarang.hudaa pon dah sedia untuk di beri makanan..bukan mama cakap susu mama tak cukup alhamdulilah cukup dan terlebih cukup..moga susu mama melimpah ruah untuk hudaa dan anak-anak susuan mama..masa husnaa mama beri makan beras perang..tapi hudaa mama cuba beras organik baby..mama dah tak buat stok puree di frozenkan macam mana mama buat untuk husnaa..mama minta maaf bukan untuk mama beza-bezakan cara masakan mama..tapi mama belajar dari kesilapan mama.mama cuba untuk bagi anak-anak mama makanan yang berkhasiat..mama sayang anak-anak mama..semoga ALLAH permudahkan mama jaga kedua anak-anak mama.ameen



No comments:

Post a Comment