Sunday, November 23, 2014

#2 hasil tenusu

cerita sebelum
selepas beberapa hari
semakin hari semakin seronok tengok hasil tenusu mama di peti ais atas..alhamdulilah..walaupon tak sebanyak orang lain tapi mama mampu senyum sampai ke telinga..hasil memberangsangkan..orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit..mama kena berusaha lagi..
haish..sejak 2 3 hari lepas mama tak mampu nk bangun malam sejak husnaa rajin bangun menyusu dengan kerap...harapan mama memang nak buat power pumping seperti biasa tapi husnaa merengek nak susu sambil baring jadi mama tertidur sekali..di sebabkan itu dada mama jadi bengkak susu sampai berketul-ketul..pam-pam susu keluar sikit aja..perah guna tangan pon tak jalan..hanya mulut husnaa sahaja ketulan di dada mama surut..jadi pam dapat sikit lepas pam paksa husnaa susu..alhamdulilah ketulan itu tiada lagi..
**waktu bekerja mama pam 2 jam sekali..waktu malam mama kena pam 3 jam sekali..kalau tak memang bengkak susu..boleh demam di buatnya..

2 comments: