Sunday, November 2, 2014

milk booster

kerana husnaa..mama sanggup beli macam-macam untuk tambahkan susu mama..set shaklee!!dari mama mengandung lagi mama dah makan..jadi set hamil dengan set susu lebih kurang aja cuma tambah alfafa..mama dah pon oder alfafa..mama jadi obses untuk tambah susu mama..semua kerana husnaa..
satu lagi popular di fb milk booster iaitu Umma lacto..mama dah makan lebih kurang seminggu macam tu..tapi hasilnya tak berapa nampak yang mereka kata membanyakan susu.sama aja setiap kali pam..mereka kata baju akan basah bila baby menyusu  tapi memang normal baju mama basah sebelah bila husnaa menyusu..itu sejak dari pantang lagi..mama perasan cuma susu pekat..bila mama dah banyak membaca sebenarnya makan dan minum apa saja yang berkhasiat semua tu akan tambahkan susu..yang penting mama makan dan minum yang secukupnya..emosi kena stabil baru susu akan ada..
tidak mahu membazir mama sambung aja makan sampai habis mama kena yakin dan berdoa supaya susu mama sentiasa ada untuk husnaa..insyaALLAH..

husnaa dah menunjukan perkembangan dengan mengisap jari.kadang-kadang tengah menyusu tak dapat grip punting mama.. tangan dia gapai dulu...siap buat muka pelik..masin agaknya rasa tangan tu..heheheh...
**cuti aritu mama susu sebelah pam sebelah..sebab stok EBM mama tahap kritikal..dapat 2oz pon dah syukur alhamdulilah..

3 comments:

  1. Assalamualaikum awak. yang penting banyak makan,pam kena konsisten. kalau boleh 2jam sekali pam. lagi2 lepas anak menyusu tau. husnaa boleh kawan dengan adam husni. hehehee ~~~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...niatkan nk menyusu sampai 2 tahun at least...n bnykkan zikir ya matin..tu yh vik mah amalkan..alhamdulillah.

    ReplyDelete