Wednesday, March 6, 2013

Diy - Kad Kahwin




ini lah design kad kahwin aku..ala-ala vintage + doodle..keselurah design kad ini adalah rekaan dari aku sendiri..tiada unsur menciplak..cuma mencari idea dari pakcik google..mula-mula nak design kad kahwin mesti mencari idea..cari contoh-contoh kad kahwin yang sedia ada di google..ambil contoh-contoh kad yang ada untuk menjadi rujukan...sudah dapat kumpul maklumat tentang kad kahwin..cari pulak maps..kebetulan ada anak kawan ibu kahwin di kawasan perumahan aku..jadi ambil kad beliau untuk rujukan...di sebabkan aku tiada softcopy maps..aku gunakan kemahiran melukis semula menggunakan autocad garisan-garisan jalan..dan warna mengunakan photoshop..biasakan maps mesti ada icon bangunan menunjukan sesuatu tempat..ambil saja icon di google..sebenarnya sangat mudah bila anda mahir menggunakan software..kalau tidak pandai guna photoshop..guna saja microsoft office pon boleh..janji ada keinginan nak mencuba..
ada yang bertanya font apa yang aku guna..tak berapa nak pasti..tapi aku download semua font yang nampak macam kerawang..barulah nampak macam kad kahwin..kalau tidak ada kerawang itu bukan kad kahwinlah..bila dah siap di print..tiba-tiba si dia cakap tarikh salah di bahagian dalam..alahaiiii..di sebabkan hari-hari menghadap sampaikan tak nampak kesalahan sendiri..nasib baik boleh cover dengan menampal sticker ikut font yang sama..jenuh nak tampal 1k kad...**ketuk kepada sendiri..patutnya suruh siapa-siapa tolong periksa sebelum hantar print..biasa lah..aku hanya manusia biasa..bisa melakukan kesalahan..eceh.... rasa puas hati tengok hasil tangan sendiri..maaf lagi sekali aku tak dapat nak menjemput semua pembaca blog merahitujambu...doakan yang terbaik..moga di permudahkan segala urusan..ameen.

**sesiapa berminat nak tempah kad kahwin boleh email teddy_bie87@yahoo.com 

32 comments:

  1. Ala2 mmg comelnyer kad..hebatlah semua wat sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna aja anugerah tuhan bagi..hehehe..alhamdulilah..terima kasih cik mah

      Delete
  2. inspirasi2~.. part yg typo tu..cara awk cover dia, fuu~ terbaik Miss J. ltr belakang 100% putih mjadikan ia sgt smooth =).

    - trauma kes : lepas kad kahwin anak lelaki bepsangan dgn bapanya, 1 insiden lagi terjadi bbulan kmdian, sama kes mcm awak..patutnya kahwin hari SABTU, entah tgok borang tmpah mana tah, terbuat kahwin hari ahad, mujur tarikh sama. kes print 1k juga, dan taboleh cover lgsung sb bwarna2. nk tolong pun xdapet. hm -

    insan trauma :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa nasib baik latar berlakang putih..serius risau tahap apa dh..alhamdulilah permudah segalanya

      Delete
  3. cantiknye kak. serius comel doodle tu. hihi.. kalau dpt kad kahwin mcm nie, kite simpan.. :P

    ReplyDelete
  4. Salam, boleh tak nak tau size kad ni berapa mm ye kalau untuk design kat photoshop/ai? sbb tgh carik kad cmni yang boleh guna untuk kedua2 belah pihak laki dan pempuan. tq in advance :)

    btw comel sgt kad awak

    ReplyDelete
  5. comelnye doodle tu..bestnye lau dpt wat cam 2....tp xpandai..huhu

    ReplyDelete
  6. idea DIY mudah:

    lampu bola2 kecil (rotan/ benang pelbagai pilihan warna) boleh dijadikan hiasan bilik pengantin/pelamin/tempat mkn/ltk dlm pasu etc

    layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. WAAA cantek... kalo tempah doodle brape?

    ReplyDelete
  8. waaa comelnya... kalo tempah doodle brapa?

    ReplyDelete
  9. akak guna photoshop ke ni?printing cost mahal x?

    ReplyDelete
  10. salam, boleh x ayie nak thu berapa saiz kak kahwin yg akk bt tu.. kn ad yg 105mm x 210 mm.. akk lebihkn jadi 111 mm x 216 mm ker tidak.. sebb ayie mase design untuk aktiviti kolej kne bt mcm tu sebb kilng suh...

    maner thu klo untuk kad kahwin xperlu ker.. maaf bnyk soalan plk.. hehe

    ReplyDelete
  11. Salam akak kalau saya tempah design kad kawen saya ngan akak blh tak?

    ReplyDelete
  12. Ok akak nnt saya email akak kalau saya nk dkt2 nk kawen nnt..

    ReplyDelete
  13. Hi. Kalau I nak request u doodle bleh x? can u email the quotation? Thanks :) ssyafiqahazmi@gmail.com

    ReplyDelete
  14. salam akak.. macam mana akak convert acad ke png ye?? boleh tlg ajar x? ni emel sy icecrystal590@gmail.com :D

    ReplyDelete
  15. boleh awak emel quotation untuk design kad kahwin x? ni emel saya neename2208@ymail.com

    ReplyDelete
  16. salam, sia, blh quotation design kad kahwin sis x? coz cantik sgt :)
    nurani_0407@yahoo.com
    in advance, TQVM :)

    ReplyDelete
  17. cantik kak...sye tempah kat akak blh x???akak bkak kedai design kad kawin or mmg saje2 buat sendiri punye???nak blh???
    hasrul_ridzuan92@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum...boleh email no hp anda agar dapat sy bertanyakan pasal printing card kahwin dengan lebih lanjut dan pantas.tq

    ReplyDelete