Friday, February 8, 2013

Warna Tema

sepatutnya warna tema di ceritakan pada awal pembukaan untuk pemilihan warna perkahwinan..ini tidak..aku baru hegeh-hegeh nak cerita walhal tinggal lagi sebulan lebih...maaf..maaf..**ketuk-ketuk kepala sendiri...
untuk majlis bertandang aku memilih warna Peach + Mint..lampiran gambar di bawah untuk rujukan kombinasi warna tema majlis aku...Ya!!warna seperti gula-gula... kan??bak kata abang "nanti aku pandang kau. aku rasa lapar aja"...mula-mula dulu jenuh jugak nak pilih warna tema..tapi akhirnya jumpa jugak masa nak beli kain untuk tempah baju kahwin..alhamdulilah..berjalan lancar mengikut tema warna..paksa sesedara pakai baju ikut tema..kain untuk makcik-makcik aku tolong belikan..kebanyakkan mereka lisa surirumahkan..apa salahnya membantu...tidak lupa kain untuk bridesmaids dan pengapit..sesiap aku belikan jugak..


untuk majlis akad nikah aku tidak memilih warna..memang sudah di tetapkan sebab aku dah beli kain masa tunang hari itu warna purple ikut tema warna hantaran bertunang..wanra Purple + Gold nak tak nak kena pakai jugak..si dia cakap jangan membazir beli memahal tapi tak buat untuk kahwin...-_-" tak pasal kena sekolahkan masa itu...nak tengok jenis kain akad nikah boleh tengok di sini
manakala majlis bertandang aku pilih warna Off White..di sebabkan aku tidak dapat nak pakai warna putih masa akad nikah..jadi aku nak sangat pakai warna putih masa majlis bertandang sebelah lelaki..warna itu di persetujui oleh bakal suami..alhamdulilah...

sekarang ini trend orang pakai warna-warna pastel..nampak lembut aja...tapi hati-hati dengan pemilihan warna dengan kulit anda...huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment