Thursday, June 7, 2018

Pemedahan kecil telinga-Husnaa

lama mama tak update blog tentang anak-anak mama..kira-kira seminggu dah operation telinga husnaa hari ni husnaa kena pegi potong jahitan dia..moga semua baik-baik aja..mama selalu update dekat instagram gambar-gambar husnaa..ramai bertanya dekat mama husnaa sakit apa ok ke?alhamdulilah dia ok je..cuma biasa la naluri mak walaupon pemendahan kecik tapi hati mama tak keruan..
husnaa sakit apa??dia takdalah sakit sebenarnya..kalau perasan setiap orang tapi bukan semua oranglah hanya insan terpiliha aja yang ada..mungkin nampak unik tapi sebenarnya ia adalah kecacatan kiranya kulit tak bersambung..dekat mana lubang tu..kejap mama kongsikan gambar dekat bawah..
ni gambar husnaa mungkin tak jelas
ni gambar ikhsan google lebih jelas

mungkin orang nampak normal tapi bila jadi tak normal bila lubang tu keluarkan bau tak menyenangkan ,gatal dan berair..bau dia kalau orang tanya aku tak dapat nak cakap tapi kalau nak fahamkan orang baunya macam bau pusat..haaa dapat bayangkan tak bau dia macam mana?..setiap kali dia garu bau tu akan keluar..memang mula-mula mama mencari gak bau tu rupanya bau dari telinga dia..kadang bila mama nak cium pipi dia mesti akan bau..kesian husnaa..mama tak cuci ke?memang cuci tapi bila cuci akan berlaku penyumbatan lagi..sekarang ni lubang tu macam membengkak tapi tak perasan sangat kalau ikut progres memang nampak.sebab mama pernah rujuk doktor pakar telinga jugak masa tu mama mengandung hudaa tapi doktor gelak dia cakap normal...mama diamkan jela..tapi kali ni baba yang tanya doktor lain normal ke lubang tu..kebetulan masa tu husnaa demam..tu yang baba tanya doktor..doktor terus buat surat rujuk pakar..
sepatutnya tarikh tu lepas raya tapi di awalkan bulan puasa..memang mencabar sebab baba yang jaga lepas tu duduk hospital..doktor suruh masuk awal nak pantau dan kena puasa sehari sebelum pemendahan kecik..budakkan dia bosanlah.lepas tu tengok orang keliling tak di kenali..menangis husnaa nak balik...kebetulan husnaa tengah demam doktor cakap kalau demam tak boleh buat..tapi alhamdulilah besok tu nampak dia dah kebah dari demam..

  sebelum masuk bilik OT
 tengah prepair nak OT
 muka dah nangis ajak balik baba cakap.baba teman kejap sebab nangis..lepas doktor tidurkan baru baba keluar
lepas pemendahan berlaku..sedih mama tengok husnaa masa ni
alhamdulilah..selamat semuanya..tapi doktor suruh duduk hospital lagi sehari..baba cakap rasa nak culik je anak kita ni balik ahahahha...masa mula-mula datang nampak husnaa kemurungan dia nak marah je..tapi mama layankan je cakap jangan marah-marah.ikutkan baba tak kasi datang sebab nanti mesti dia nak balik tapi kesian pulak dekat baba.fikirkan sebab puasakan..naluri mama membuak nak tengok husnaa..nasib baiklah husnaa dapat pelepasan kejap pergi cafe untuk buka puasa..nampak kakak husnaa happy dapat jumpa hudaa..lepas buka kami balik apa lagi menangis teruk..

mama datang melawat husnaa

 hasil lepas doktor bukak balutan di kepala

muka tak sabar nak balik

2 comments:

  1. salam,
    anak saya pon ada telinga berlubang kecil camtu dan pernah operate sebab bengkak di lubang tu..

    nanti lepas raya, ada operate kali kedua.. huhu...nebes..

    husnaa da besar tp anak saya baru setahun dua bulan..huhu..risau sikit..


    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ALLAH permudahkan urusan ya dear

      Delete