Friday, August 12, 2016

2 tahun

genap 2 tahun tanggal 9 ogos 2016 usia kakak husnaa..mama pulak genap 24 minggu 1 hari usia kandungan mama..kami dapat tarikh yang sama cekup perut dan kakak husnaa..alhamdulilah husnaa membesar dengan penuh kasih dan sayang...tiada kata lain anugerah terindah ALLAH berikan kepada mama dan baba..itulah tanda cinta kami..

pemeriksaan husnaa ke 2 tahun ni alhamdulilah semua ok..berat 11.4kg..husnaa dah boleh cakap dan berinteraksi dengan baik semua dia cakap mama masih faham cuma ada setengah-setengah percakapan dia mama cuba untuk faham biasalah mama pergi kerja balik kerja tengok-tengok anak mama dah besar..tapi banyak kakak belajar benda baik..mama masih catu lagi makanan manis contohnya coklat makanan jajan memang mama masih pantangkan kakak...biarlah orang nak kata kesian tak dapat makan makanan sedap ...yang penting mama tahu mana yang baik untuk anak mama..sejak mama tak dapat menyusukan kakak.kakak di beri susu fresh milk warna putih sahaja..kakak tak memilih semua jenama akak ok..dan masih merindui susu mama..mama masih beri walaupon mama sudah ketiadaan susu..untuk hilang kerinduan..hehehe
pemeriksaan mama pulak..kandungan 24 minggu 1hari..berat mama sudah 56kg..2kg naik tapi mama bandingkan masa mengandungkan kakak husnaa berat mama masa ni dh 59.1kg..fuhh memang kuat makan masa mengandungkan kakak husnaa berbanding yang kedua ni..tak tahulah sama ada mama memilih makan atau mama tak lalu makan...kalau dulu masa kakak husnaa kegemaran mama adalah masakan mama dan nasi!!mama boleh tambah makan nasi waktu malam lepas mama masak..pagi2 pulak makan nasi lemak..tapi kali ni mama berapa meminati nasi lemak..tapi mama kena sarapan havy jugak kalau tak mesti mengigil lapar..

mama dengan kakak husnaa kena cucuk..mama cucuk kancing gigi kakak pulak kena cucuk yang ke 2 tahun mama lupa pula nak tanya vaksin apa..nurse cucu aja kakak cakap sakitttt aaauuuccchhh..ahahha gelak mama...
hari pemeriksaan husnaa dan mama bukan berakhir di klinik desa mama kena pergi ke klinik kesihatan pulak untuk scan perut..doktor cakap uri mama dekat bawah..mama dah risau..doktor cakpa jangan risau boleh naik lagi.ameen semoga di permudahkan mama bersalin seperti sebelum ini..mama cakaplah dekat doktor yang mama kerap bersin doktor suruh refer pakar hidung..husnaa pulak mama cakap la lubang dekat telinga tu berbau dan husnaa kerap garu kegatalan..doktor pon suruh refer pakar dekat hospital selayang..lepas aja pergi KD dan KK pergi pula hospital Selayang..tunggu turn lagi ...dari pagi sampai ke petang asyik bau ubat je..mama dah kebosanan..alhamdulilah semua selesai doktor cakap telinga husnaa tak teruk ..mama pulak nurse appoimentkan mama 30 ogos 2016..cuti lagi?mama fikir tak pentinglah mama boleh hanlde lagi bersin-bersin ni..semoga kandungan mama sihat..
maafkan mama dan baba...tahun ni mama tak sambut birthday kakak.. kewangan kami baru nak stabil baba baru dapat kerja baru..alhamdulilah.semoga bertambah rezeki anak-anak mama..

1 comment:

  1. take care yang.

    insyaallah dapat adik husnaa nanti makin bertambah rezeki korang :)

    ReplyDelete