Tuesday, October 28, 2014

Belajar Cara penyimpanan susu

rupanya bila jadi ibu ni bukan mudah..bukan senang...ramai orang berangapan mereka bila dah jadi ibu dah ada anak tidak perlu berlajar menjadi ibu..maksud mama jadi ibu menyusukan anak..ramai ingat anak mereka tembam sebab dapat susu formula..mama lagi bangga dapat jadi ibu menyusukan anak mama selama 2 tahun..serius mama cakap mama banyak menggoogle untuk cari bahan bagaimana, macam mana menyusukan anak..berapa lama, berapa jam untuk mengepam..
mama ingat mama dah cukup arif bab menyusu dan mengepam susu..tapi tidak!!mama masih kena berlajar lagi..yela...mama boleh pulak simpan susu di pejabat tapi letak di peti beku..salah!!!cara mama salah sama sekali..sepatut mama kena letak di bahagian bawah bukan di bahagian penyimpanan beku..jadi mama kena banyak belajar lagi rupanya..kalau letak di penyimpanan beku mama kena kekalkan pembekuan susu.. sikit pon tidak boleh cair..jadi kalau mama letak di bahagian bawah mama cuma control kesejukan dia aja sementara nak balik mama hanya letak cooler pack aja di dalam bag..perjalanan dari pejabat ke rumah agak jauh..jadi mama kena pastikan susu kekal sejuk..sampai di rumah baru letak di bahagian bekuan..



  • Suhu bilik– susu bertahan selama 4 jam
  • Cooler bag/box– susu bertahan 12-24 jam
  • Peti ais bawah 2 pintu (Refridgerator)– boleh bertahan paling lama 72 jam tetapi sebaiknya 48 jam
  • Peti ais atas 2 pintu (freezer)– bertahan paling lama 3-6 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka.. tapi saya suka ambil tempoh 3 bulan sahaja
  • Peti ais 1 pintu– bertahan paling lama 2 minggu sahaja
  • Deep freezer – boleh bertahan 6-12 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka sebab suhu berubah setiap kali dibuka.. tapi saya suka ambil tempoh 6 bulan sahaja

**boleh rujuk di sini untuk belajar cara penyimpanan susu

No comments:

Post a Comment