Wednesday, April 11, 2018

kisah si husnaa

lama dah tak update tentang budak-budak ni..macam-macam kerenah lagi -lagi si kakak dah pandai cakap ni jenuh mama nak layan..setiap perkataan yang keluar mama memang akan perhatikan...dan setiap kali kami nak bercakap pon kena berhati-hati takut jadi ikutan si kakak husnaa..baru ni seminggu pasang upin dan ipin..tak sangka kakak husnaa cepat tangkap terus dia cakap "jangan kacau aku"..apa lagi terus mama haramkan tengok cerita itu..lagi-lagi watak kak ros tu kerja marah adik dia je..kakak husnaa kerap marah adik dia..mungkin dia taknak di ganggu yela bila dia main mesti yang kacau atau musnahkan susunan mainan dia adalah si hudaa..hudaa pulak nak berkawan tapi cara dia belum pandai lagi nak berkawan..perkembangan setiap budak memang lain tapi mama dah mula mengenali dan belajar dari si husnaa dan bakal di ajar untuk si hudaa..


hari-hari mama doakan semoga ALLAH permudahkan mama jaga kedua anak-anak mama..bukan mudah dengan zaman IT ni..mama takut sangat..berharap doa mama untuk anak-anak mama ALLAH makbulkan.semoga mereka membesar menjadi anak soleh dan solehah di dunia mahu pon di akhirat..

No comments:

Post a Comment