Penyusuan-1 Ramadhan
Ramadhan untuk ibu menyusu seperti mama sangat membimbangkan..tapi demi anak mama cuba..bawah adalah hasil di pejabat yang biasa di bawa balik 14-16 oz..tapi semalam dapat bawa balik 11.5oz Allah..masih tak cukup walhal husnaa minum 15 oz . (Jangan sesekali fikir stok freezer) .mama tingkat mengepam nasib baik mama memang jenis pam waktu subuh jadi lepas sahur pam sekali 10 minit dapat 3oz lepas (husnaa df).jadual pam di pejabat terpaksa di anjakan sebab balik awal jadi pam seperti biasa dan lepas buka pam lagi dapat 3oz total mana dapat kumpul semalam 17.5oz.lebih dari husnaa minum..alhamdulillah masih ada rezeki husnaa yang penting jangan putus asa..
Cara atasi susu merundum
- jangan panik atau streess kedua-dua menyumbang kepada kemerosotan penghasilan susu
- tingkatkan jumlah mengepam walaupun setiap pam hanya menghasilkan susu sedikit pastikan kosongkan breast dengan marmet
- jangan sesekali mengambil jalan mudah dengan memberi susu formula kerana si ibu tidak akan bersungguh meningkatkan penghasilan susu
- cuba caru masalah dan akibat dari kekurangan susu contoh skip jadual pam dan cuba untuk lakukan power pumping
- cek diet anda seharian dan tambahkan protien dalam menu seharian
- pastikan alatan mengepam benar2 sesuai dan selesa sebab mempengaruhi jumlah penghasilan susu
- memerlukan bantuan sila hubungai pakar laktasi untuk membantu
- jangan sesekali putus asa
Good luck...n smoga husnaa.murah rezeki susu ibu...cik mah alhamdulillah masih bf dah setahun 4 bulan...
ReplyDeletebestnya dengar cik mah bf sampai tahap tu..alhamdulilah
Delete