Set Kesuburan Shaklee
alhamdulilah..setelah 3 bulan mengamalkan GLA Shaklee dan suami pulak makan zink shaklee ahkirnya membuahkan hasil..syukur nikmat mu ya ALLAH...aku nk berkongsi bukan sekadar berita gembira..tapi nak berkongsi bagaimana usaha membuahkan hasil..apa yang aku usaha dapat jugak yang penting tuhan suruh kita berusaha..jangan cepat putus asa..segala yang di beri tentu ada hikmahnya..alhamdulilah..
selepas aja aku mengalami chemical pregnancy(kandungan kimia) aku terus ambil GLA untuk stabilkan hormon..kalau baca entry sebelum ini tahulah aku pernah mengalami keguguran iaitu kandungan tidak menjadi dipanggil kandungan kimia..lepas keguguran hari ke 25 aku dah period semula(kiraan dari pertama kali keluar darah)..alhamdulilah period datang seperti biasa..darah pon seperti biasa..ada tu aku baca 2-3 bulan tak period..selepas aja mengalami kandungan kimia aku ambil ikhtibar..jadi aku baca mengenai keguguran,tips hamil,cara-cara nak hamil..
kalau nak hamil kena stabilkan hormon dulu..kalau hormon tak stabil macam mana nak tahu hari subur kita jatuh hari apakan?jadi shaklee ada jual produk untuk stabilkan hormon iaitu GLA..ada cara nak makan kalau nak hamil kena rajin buat kajian bukan pakai makan..padamulanya makan GLA dari hari-hari..sampai kita period..bulan ke 2 hormon dah stabil makan GLA dari pertama keluar period sampai hari subur..kalau tak hamil amalkan balik sampai hamil..aku tengok sejak makan GLA..period aku datang tepat setiap 26 hari sah period..jadi aku dah tahu hari subur aku adalah hari ke 12..cara pengiraan hari ovulasi ~26-14=12(ovulasi).. jadi bila kita dah tahu hari subur kita..berhenti makan GLA bila hari subur dah menjelang..nak tahu lebih lanjut korang boleh google cara-cara makan gla..
kelebihan gla adalah mengeluarkan lendiran subur yang di panggil egg white..lendiran itu membolehkan sperm berenang berjumpa ovam..yang ini pon korang nak tahu korang boleh google kelebihan GLA..untuk lelaki pulak aku bagi suami makan zink shaklee..makan setiap pagi sebelum sarapan..kalau makan selepas sarapan takut zink tak boleh serap..jadi lebih baik bangun pepagi terus makan..fungsi zink adalah untuk bagi sperm bertahan dalam rahim kita selama 5 hari..kira jangka hayat dia lama sikit dalam rahim kita.
aku tahu aku hamil bulan ni sebab rasa badan seram sejuk macam nak demam..lepas tu badan gigil-gigil..padahal aku belum miss period lagi..genap 26 hari aku patut datang period aku cek upt..alhamdulilah positif tapi kabur mungkin sebab petang aku cek upt..patut di buat pagi-pagi masa nak bangun dari tidur..masih baru lagi baru 28 hari pagi td aku cek upt makin pekat..alhamdulilah..kali ini aku dah boleh terima..kalau aku benar-benar hamil aku bersyukur..kalau jadi hamil kimia aku bersyukur jugak semua ketentuannya..
**masih baru nk ucap tahniah..aku masih takut adakah aku masih mengalami kandungan kimia seperti sebelum ini?hanya tuhan yang tahu..aku tunggu dan terus menunggu sama ada aku akan tumpah darah lagi atau tidak..moga kali ini membuahkan hasil..
congrats! ^_^
ReplyDeletealhamdulillah tahniah awk :)
ReplyDeletealhamdulillah..jg diri bebaik ye..
ReplyDeleteorang tua2 pesan.. awal kandungan tak payah bgtau org dulu. simpan diam2 sampai habis 1st trimester dulu at least... Hmm org zaman sekarang..
ReplyDelete=) wallahualam..terima kasih share..
Delete