Friday, July 8, 2022

Pengalaman Bersalin anak ketiga-Humraa Faihanah

Disebabkan pengalaman bersalin anak pertama dan kedua mama dah cerita dekat blog mama jadi anak ketiga pon harus diceritakan juga supaya anak2 mama tahu pengalaman mama bersalinkan puteri2 mama..entry sebelum ni mama ada cerita yang mama ada kencing manis consume ubat metformin(ubat kawal gula)jadi 38weeks mama dah kena keluarkan baby doktor kata..jadi doktor bagi tarikh 37minggu 6 hari dah kena serah diri ke hospital..jadi bila tiba waktu mama pon serah diri ...pukul 8 lebih mama dah kena serah diri untuk buat test Covid kemudian cek CTG dan bukaan...sampai je giliran mama doktor cek CTG dah bukaan..alhamdulilah dah 1cm doktor kata tapi mama kena tinggal dekat wad untuk induce..semua orang tahu induce adalah ubat untuk beranak secara paksaan...fuh..doktor kata besok masa pagi 38weeks kalau bukaan 3cm tak perlu induce ubat masuk bawah..

jadi mama dah kena bermalam sehari dekat hospital sementara tunggu besok untuk cek bukaan..mama tengok semua geng2 mak2 dekat wad mak2 muda..mama terpaling tua dah semua ada pertama..yang mama ni dah 35tahun serta anak ketiga..ahahah terasa tua walaupon muka muda ehhh lol...

nak dijadikan cerita hari ke 38weeks dah tiba..pagi2 mama dah naik turun tangga kecemasan jalan kehulu kehilir bagi ada bukan..doktor pon tiba pukul 8 cek bukaan dah 3cm alhamdulilah doktor kata tak perlu induce masuk ubat melalui bawah..doktor cakap dekat nurse suruh stanby labour room ...sebelum pergi ke labour room mama lagi sekali duduk ulang naik tangga jalan sana sini supaya bukaan dan gesa (kontraksi) ada..mama duduk buat squat sambil pegang singki setiap kali ke bilik air..pukul 12 lebih tengah nurse dah suruh mama siap sedia nak tolak ke labour room naik wheelchair..

untuk maklumlah semua setelah 2 tahun kita PKP sebabkan Covid suami tak boleh temankan isteri..tapi kebetulan mama bersalin ada kelongaran kalau nak teman kena amik test RTK di mana2 klinik tp valid 3 hari je..ngam2 hari ke 3 mama bersalin jadi masih valid sebab mama amik test hari pertama tu pon dah malam..tapi kalau nak teman isteri syarat dia isteri dah 5cm baru suami boleh naik ke atas teman..ok sambung balik pasal tolak ke labour room..sampai je bilik mama dah di siapkan..pertama kali mama bersalin paksa selalunya dh pecah air ketumban bukaan dah 10cm baru tolak ke labour room tapi pengalaman kali ni lain sgt..berdebar sebab kita dah tahu bila kita bersalin..



Mama siap tanya nurse sy tak boleh pergi ke mana2 la ni?jalan pon tak boleh ..nurse cakap tak boleh puan...baring sampailah baby awak keluar..haaa...diorg pasang wire dekat tangan mama cek CTG dkt perut nak tengok kontraksi ada tak..lepas dah pasang doktor datang untuk cek bukaan..dia kata bukaan mama dah 5cm dan doktor minta izin pecahkan air ketumban..fuhhh pengalaman pertama mama air ketumban doktor pecahkan...dua2 anak air tumban pecah dengan sendirinya..huhu..mama tengok sendiri alat dia mcm cangkuk tu untuk pecahkan air ketumban ...terasa panas je..bidan kata kita tengok keadaan n kontraksi awak kalau takde kontraksi kuat kita terpaksa induce ubat..haaa..mama ingat takda dah induce2 ni rupanya setiap induce lain2..kali ni dekat labour room induce drip air dekat tangan..fuhhhh mama tu dah 5cm mama memang tak berapa rasa sangat kontraksi.doktor taknak kontraksi yang sikit2 dia nak tahu kontraksi tu baby keluar je..sbb air ketumban dah dipecahkan..disebabkan bukaan dah 5cm baba dibenarkan naik ke labouroom kalau tak baba duduk la tunggu dekat bawah..dah la baba bermalam dalam kereta tak balik langsung takut mama bersalin bila2 masa je..



nurse tengok CTG mama tak berapa kuat nurse terpaksalah minta izin mama drip induce ubat..fuhhhh drip pertama pon dah buat mama tak tahan...drip kedua dah drip ketiga mama dah rasa macam nak angkat kaki meneran.mama tanya nurse yang cek CTG mama pukul berapa doktor nak cek bukaan.nurse kata pukul 4.30..masa tu dh pukul 4.05 minit mama dah tak tahan...nurse lain masuk tengok mama dah mengucap panjang sakit ALLAH je tahu...tapi mama mampu dongak mengucap panjang tak boleh angkat kaki sebab takut belum masa lagikan...tapi mama meneran je sebab dah tak tahan.nurse tengok mama dah tak keruan dia tanya puan dah nak teran ke?mama pon angguk...nurse kata bagi saya cek bukaan puan..tengok bukaan dah 10cm kepala baby pon dah nampak..nurse suruh baba tengok dan bagi tahu mama..ok puan angkat kaki boleh teran dah..ambil nafas teran...sorakan demi sorakan mama dah kepenatan dok tahan sakit sampai nak teran tak mampu tapi mama teran jugak...alhamdulilah..pukul 4.16pm berat 3.26kg baby ketiga perempuan mama keluar juga..ALLAHUAKHBAR..bila keluar je baby kesakitan tu tiba2 hilang tak tahu kemana.kuasa ALLAH..alhamdulilah..genap hari ke 7 cukur rambut dan beri nama iaitu Humraa Faihanah Binti Hairull Fadly.



No comments:

Post a Comment